Sumbul adalah alat perhiasan yang amat bernilai pada zaman dahulu dalam Masyarakat Irranun. Menyimpan Sumbul merupakan satu kebanggan kerana ia menunjukkan status dan martabat keluarga yang mmenyimpannya. Semakin banyak sumbul yang disimpan maka keluarga atau individu tersebut dihormati kerana Sumbul juga lambang kekayaan.
Sumbul diperbuat daripada logam seperti tembaga, loyang dan perak. Ianya ditempa oleh orang yang mahir sahaja. Sumbul ini dibentuk bulat dengan ukuran 60cm bukaan mulut(lebar), tinggi 24cm dan diemeternya 10cm.
Sumbul dihias dengan corak alam semulajadi seperti corak daun, corak bunga dan tumbuhan yang melilit. Corak hiasan adalah mudah dengan meelatak di bahagian mulut, tudung dan bahagian kaki. Corak dibentuk sebegitu tersusun, halus dan teliti. Kesempurnaan hiasan ini juga, menjadi salah satu penyebab ketinggian nilai Sumbul tersebut.
Peranan sumbul dalam masyarakat Irranun adalah seperti:-
1. Sebagai alat perhiasan
2. Alat hantaran perkahwinan
3. Alat menyimpan makanan
4. Alat menyimpan barang kemas
5. Alat menyimpan sireh pinang
6. Alat kebesaran masyarakat
Namun begitu, amat menyedihkan bahawa pada masa kini Sumbul kehilangan fungsi. Sumbul pada masa kini hanya tersimpan dan terbiar di stor atau di dapur sahaja. Malah ada beberapa individu sanggup nenjadikan Sumbul ini sebagai besi buruk.
Sumbul mempunyai nilai tinggi daripada segi budaya kaum Irranun. Oleh yang demikian, masyarakat Irranun perlu mengetengahkan semula alat Sumbul ini supaya tidak hilang dalam masyarakat Irranun. Perlu ada satu dekomentasi khusus supaya Sumbul diketahui bukan sahaja masyarakat Irranun tetapi masyarakat lain di seluruh dunia.
Bahagian Penutup Sumbul
Bahagian Kaki Sumbul
Corak Hiasan Sumbul
Tahniah kepada saudara Hajin yang mengingatkan kita semua mengenai fungsi sumbul dalm masyarakat Iranun.Dalam masyarakat lain juga, saya pernah melihat sumbul tetapi oleh kerana, tiada lagi orang yang mengambil peduli, sumbul kehilangan fungsinya.salam
BalasPadamCoretan yang baik dan tahniah juga...
BalasPadamCembul atau sumbul juga wujud dalam budaya Bajau dan Brunei...
Sebagai contoh Sultan Brunei pernah hadiahkan Pak Musa sebuah cembul yang masih disimpan susur jalur keluarga Pak Musa di Kampung Bambangan, Membakut...
Orang Bajau pula simpan cembul di pelamin atau perhiasan rumah...