Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 31 Oktober 2009

Inilah Orangnya Yang Tak Berperikemanusiaan



Mautik yang mati kerana penderaan beberapa hari lalu adalah angkara Murugan dan keluarganya. Murugan adalah orang yang tidak waras (gila) kerana melakukan penderaan di luar tabii manusia. Walaupun dia amah tetapi dia juga manusia, ada hak untuk hidup sebagai manusia.


Manusia seperti Murugugan sesuai untuk dibuat macam moroko. Dah jadi moroko ada juga faedahnya.


Murugan telah di dakwa di bawah Section 302, dan kalau disabit dengan kesalahan, maka dia akan dihukum mati.


Kita harapkan hukuman ini dapat dijalankan untuk pengajaran kepada dirinya dan orang lain.

Khamis, 29 Oktober 2009

Tumbuhan Yang Boleh Meredakan Migraine dan Keresahan



Spesies pokok Piper methysticum telah dikenal pasti dapat memperlahankan aktiviti minda dan mengurangkan tekanan (migraine) dan keresahan akibat kerja berlebihan sama ada di pejabat, di sekolah dan lain-lain..


Pokok yang dikenali sebagai Kava kava boleh ditemui dengan banyaknya di negara pulau Polynesia termasuk Hawaii. Spesis ini telah digunakan sejak berzaman-berzaman sebagai herba mujarab.


Daun dan batang yang besar dan hijau ini dipercayai dapat mengurangkan kesan toksik dalam pemakanan. Pada bahagian akarnya boleh digunakan sebagai ubat migraine dan keresahan.


Mungkin inilah pilihan yang terbaik untuk menggantikan ubat dan pil-pil yang dibeli atau dibekalkan oleh doktor

The Malays the drug addicts.


News reported that 83% of new drug addicts traced in the country were Malays. According toThe National Anti-Drug Agency assistant medical director Dr Sangeeh Kaur said a survey done between January and July showed that many of these addicts had just sat for the PMR and SPM.“A total of 2,680 new addicts were traced throughout the country, with 10% being Chinese and 7% Indians,” she said.


She said 1,024 of them had PMR qualifications, while 913 had SPM qualifications.As for the rest, 46 had sat for the STPM while 29 were diploma holders and four had degrees.
The survey also showed that those with higher academic qualifications were less likely to get involved in drug abuse, Dr Sangeeh Kaur said.“Many of them started taking drugs because of the bad influence from friends and out of curiosity. The most popular drugs are heroin, morphine, syabu and marijuana,” she added

Muatik, Satu Lagi Kes Kemarahan Rakyat Indonesia


Pembantu rumah warga Indonesia, yang ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka hampir seluruh badan, dipercayai didera oleh majikannya di dalam tandas sebuah rumah di Taman Sentosa di sini meninggal dunia kelmarin.

Mautik Hani, 36, telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak dimasukkan ke hospital itu Selasa lepas.

Berita ini sekali lagi mengeruhkan hubungan Indonesai dan Malaysia. Media Indonesia serta rakyatnya akan MENGGANYANG Malaysia.

Khamis, 22 Oktober 2009

video yang menyentuh perasaan

Kita tak pernah merasa dan terfikir bahawa masih ada lagi orang yang hidup dalam keadaan macam ini. Bersyukurlah kerana kita dilahirkan di bumi yang bertuah ini. Ini sebahagian daripada rakyat Uganda yang hidup merana atau lebih teruk lagi daripada ini. Fikir-fikirkan


Isnin, 19 Oktober 2009

Sentuhan Refleksi Ikan

Ikan-ikan menyambut kedatangan Fiza di gigi air

Luanti terletak di Kg Nalapak, Ranau, Sabah. Kampung Nalapak adalah terkenal dengan ladang teh di Sabah. Nalapak juga terkenal dengan Raja Buah iaitu Durian. Pada setiap tahun, ramai pelancong tempatan dan luar negeri membanjiri tempat ini semata-mata melihat keunikan ladang teh di dalam hutan. Ladang teh ini adalah ladang yang terbesar di Sabah.

Satu tarikan baru di Kg Nalapak ialah ikan-ikan yang amat mesra kepada manusia. Ikan-ikan ini terpelihara oleh keadaan air sungai dan persekitaran yang semulajadi.

Satu amalan masyarakat Dusun terutama di kawasan Ranau ialah amalan sistem Tagal bertujuan untuk menjaga kelansungan hidup pelbagai spesis ikan di kebanyakan sungai di daerah ini.

Dengan sebab itu, sesiapa yang berkunjung ke Luanti, Nalapak, Ranau, pasti merasa amat bertuah kerana dapat merasa sentuhan ajaib atau sentuhan refleksi ikan-ikan di
sini.


Membuat kocakan di air untuk memanggil ikan



Menabur makanan ikan




Kristy dan Madius melayani ikan-ikan yang datang (Tamparuli)

Isnin, 12 Oktober 2009

BuayaTerbesar Di Sabah Menari Gembira



Kemenangan besar Isa Samad semestinya mengembirakan pemimpin-pemimpin Sabah terutama sekali yang seangkatan dan sewaktu dengan Isa Samad. Musa Aman KM Sabah yang juga dipercayai perasuah dan pencuri harta kekayaan rakyat Sabah mendapat ilham baru bahawa dia akan bertahan sekurang-kurangnya dua penggal lagi sebagai pemimpin di Sabah. Apa tidaknya kalau Isa boleh Musa pun boleh. Penerimaan rakyat terhadap pemimpin yang tercalit dengan rasuah, menjadi IMEJ BARU yang akan diamalkan oleh pemimpin-pemimpin BN Sabah. Imej baru ini akan menjadi alasan yang cukup munasabah untuk terus jadi pemimpin dan pemimpin yang telah lama MATI dan BUANG bolehlah bangkit semula dan memimpin parti.

Ahad, 11 Oktober 2009

PAS KALAH TERUK




Majoriti besar 5331 oleh UMNO memberikan gambaran bahawa pemimpin rasuah diterima dan tidak menjadi masalah bagi Bagan Pinang. Menurut tafsiran mereka kesalahan politik wang bukan bermakna rasuah. Perkara ini dipertahankan kerana para pengundinya telahpun termakan rasuah.

Ini bermakna seluruh pemimpin 1Malaysia yang rasuah tidak jadi masalah kerana yang diperlukan rakyat adalah perkhidmatan mereka. Lagipun dalam pernilaian terutama pengundi-pengundi Bagan Pinang adalah pemimpin yang dapat memberikan khidmat yang baik, oleh itu tidak masalah sekiranya pemimpin mereka rasuah.

Kemenangan ini mungkin sedikit sebanyak memberikan nafas dan semangat baru kepada BN. Di samping itu, memberikan tamparan kepada PKR.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Bayar RM10,000



Nasha Aziz diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini supaya membayar RM10,000 kepada bapa kandungnya sebagai ganti rugi am dalam kes saman fitnah yang dikemukakan oleh plaintif itu.

Nasha, 38, yang dinamakan sebagai defendan tidak hadir pada perbicaraan tersebut. Hakim Abdul Wahab juga memerintahkan defendan supaya membayar faedah lain sebanyak lapan peratus dari 31 Mac 2005 sehinggalah penyelesaian penuh saman tersebut diselesaikan.

Khamis, 8 Oktober 2009

Guru wanita saman pengetua

Seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetuanya dan menuntut ganti rugi RM228,000, akibat tidak puas hati dengan laporan Prestasi tahunannya (SKT).

Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Kuantan, memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Balkish Alias & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Ogos lalu. Rozilah menamakan pengetua sekolahnya Aluwiyah Osman sebagai defendan.


Tarikh 5hb November, adalah tarikh sebutan kes tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan memohon masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan.

Rozilah Abdullah yang telah berkhidmat di sekolah tersebut sejak 11 tahun lalu, mendakwa pengetuanya tidak berlaku adil dan menindasnya melalui laporan SKT yang dikeluarkan oleh defendan.

Menurut Rozilah, dia telah menerima surat menyatakan tiada pergerakan gajinya pada tahun lalu berikutan laporan SKT yang dinilai sebagai buruk yang dikeluarkan pengetua berkenaan. Rozilah juga mendakwa bahawa pengetua itu turut memalukannya di hadapan guru lain yang menuduhnya enggan mematuhi perintah.

Menurutnya lagi, dia juga tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya.


Disebabkan laporan prestasinya yang buruk itu, dia mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah, berasa malu dan kewibawaan serta reputasinya sebagai pendidik dipandang rendaholeh masyarakat.

Dengan sebab itu, Rozilah Abdullah tampil ke mahkamah untuk menuntut keadilan dan mengembalikan reputasinya terjejas teruk.

Ahad, 4 Oktober 2009

Dr Asri: Filem ‘Semerah Padi’ Mengelirukan Gambaran Hukum Sebat Dalam Islam

ISU hukuman sebat yang dikenakan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno masih hangat diperbincangkan dan mendapat liputan meluas media.

'Kewajaran' hukuman ke atas Kartika yang disifatkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan dipersoalkan. Malah, beberapa pihak meminta ibu muda yang juga model sambilan yang sudah insaf atas kesalahannya meminum arak di tempat awam dan rela pula menghadapi hukuman tersebut, merayu untuk mengelakkan hukuman.

Ramai tokoh politik dan NGO memberi pandangan mereka tentang 'kewajaran' hukuman tersebut.

Bagi pakar ilmu hadis yang juga mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, berkata, “sebahagian masyarakat Malaysia terkeliru mengenai gambaran hukum sebat Islam disebab beberapa faktor.

"Salah satunya, filem P. Ramlee iaitu ‘Semerah Padi’. Di samping wujudnya unsur-unsur positif dalam filem berkenaan, tetapi cara hukuman Islam digambarkan amat tidak serasi dengan hakikat hukum tersebut. Cara kes dibicarakan, sehingga hukuman dijalankan menggambarkan hukuman sebat dan beberapa perkara lain kelihatan rakus dan kejam," kata Dr Asri.

Kata Dr Asri lagi, hukuman sebat dalam Islam tidak sampai mencederakan sedemikian rupa. Gambaran inilah yang ada dalam pemikiran sesetengah masyarakat, samada yang pro atau kontra, lalu beberapa tafsiran salah dibuat terhadap hukum-hakam jenayah peribadi tanpa menyentuh hak individu lain seperti zina dan minum arak.

"Berbeza dengan jenayah yang membabitkan ancaman kepada hak individu lain atau keselamatan awam seperti mencuri, merompak, membunuh, merogol dan yang seumpamanya. Jenayah peribadi seperti zina dan arak pendekatan Islam amat lunak dan membuka ruang pelepasan dan cuba menutup ruang pendedahan," jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, "Sebatannya juga tidak mencederakan, bahkan pada zaman Nabi s.a.w ada yang hanya disebat menggunakan kain sahaja. Bukan untuk mencedera dan memusnahkan, tetapi sekadar peringatan dan pengajaran."

Filem ‘Semerah Padi’, kata tokoh agama yang disegani itu, memberikan gambaran yang sebaliknya. Maka, walaupun filem ini telah lama, dalam suasana sekarang, hal ini perlu diingatkan.

Ketika diminta mengulas lanjut, Dr Asri berkata, pertamanya kita hendaklah jelas bahawa tiada siapa pun di kalangan mereka yang benar-benar muslim boleh mempertikaikan tentang 'haramnya' meminum arak bagi seorang muslim. Ini perkara yang disepakati. Kita tidak boleh berbeza dalam hal ini.

"Namun apabila tiba kepada persoalan menghukum 'peminum arak', di sini mungkin akan ada sedikit pandangan dan perbincangan yang mungkin akan timbul perbezaan pendapat.

"Perbezaan itu mempunyai banyak faktor, antaranya faktor hukum itu sendiri di mana di kalangan sarjana Islam itu berbeza pendapat tentang statusnya. Kedua, faktor persekitaran atau realiti semasa yang kita hadapi sekarang," kata Dr Asri.

Mereka berbeza pendapat, apakah hukuman sebat yang pernah disebutkan dalam hadis-hadis Nabi SAW dan juga sejarah pelaksanaannya di zaman al-Khulafa al-Rasyidin dimasukkan dalam kategori hudud atau sekadar ta'zir (discretionary punishment).

Menurut Dr Asri, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.

Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan `Abd Rahman bin al-`Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali.

Lebih daripada itu, dalam hadis menunjukkan pesalah minum arak ada yang dipukul dengan tangan, kain, dan selipar sahaja. Tiada ketegasan yang jelas dalam kaedah pukulan.

"Jika ia dianggap bukan hudud, sebaliknya sekadar takzir, maka kadar hukuman takzir boleh diputuskan oleh pemerintah. Jika diputuskan enam rotan pun, itu ijtihad atau pandangan pemerintah atau hakim yang boleh dinilai di segi prinsip umum takzir.

"Maka pandangan beberapa tokoh agama bahawa Kartika patut disebatkan empat puluh atau lapan puluh rotan, jika tidak hukuman tersebut tiada maknanya, pada saya itu pandangan mereka agak terhad tentang persoalan ini," kata Dr Asri.

Ada yang bertanya kepada Dr Asri, mengapakah peminum arak sahaja dihukum, sedangkan taukeh-taukeh arak yang beragama Islam dibiarkan? Sedangkan mereka ini ada memakai gelaran yang hebat-hebat dan 'disembah hormat' oleh rakyat.

Sedang kita tahu di sana ada berbagai pihak luar cuba mengambil kesempatan seperti CNN untuk menyatakan adanya diskriminasi terhadap wanita dalam masyarakat Islam. Ini memberi ruang kepada mereka.

"Saya setuju, bahkan menyokong segala hasrat untuk menguatkuasakan undang-undang syariah, tetapi hendaklah secara menyeluruh dan memberikan impak yang positif kepada Islam. Suasana semasa dan mentaliti masyarakat hari ini hendaklah diambil kira.

"Isu Kartika baik sebagai satu usaha. Apatahlagi Kartika sendiri bersetuju dan rela. Namun, suasana semasa kurang berpihak kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Bukan kesalahan pihak mahkamah, tetapi nilai agama dan pemikiran masyarakat yang bermasalah," jelas Dr Asri. - petikan dari Mstar

Sabtu, 3 Oktober 2009

TANAH PUN MENGAMUK

Sebanyak 400 orang hilang ketika menghadiri satu majlis pernikahan ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang, Sumatera Barat pada 5.16 petang 30 September.

Kampung tersebut berbentuk rata dan ditutupi tanah. Masjid yang ada di situ, juga hilang tanpa bekas.

Menurut Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S.Pakaya berkata, bahawa mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor. Menurut pihak berkuasa Indonesia adalah amat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha. Kerajaan Indonesia juga memohon bantuan antarabangsa.

TAUBAT `Rasul Melayu`

Lelaki yang mendakwa rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad, akhirnya ditangkap didakwa dengan lima pertuduhan serta meminta semua yang pernah terpedaya dengan perkara batil yang pernah dibangkitkannya untuk bertaubat dan melupakan secara mutlak.

Abdul Kahar, 59, membuat pengakuan itu secara bertulis, pada prosiding pagi tadi, dan dibacakan peguamnya, Zulkifli Che Yong. Pada 24 September lalu, Abdul Kahar yang berjaya ditahan bulan lalu selepas tiga tahun menghilangkan diri, membuat pengakuan salah terhadap kelima-lima pertuduhan.

Beliau dituduh menyebarkan doktrin palsu, mengaku diri seorang rasul, mempersendakan agama, menyebarkan pendapat bertentangan dengan fatwa dan mengingkari dan melanggar arahan mufti, empat tahun lalu.

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP