Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 4 September 2012

'SEXY CAKE' dalam Facebook timbulkan kebimbangan







Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima aduan daripada ibu bapa yang bimbang dengan pengedaran kek yang dihasilkan menyerupai alat sulit lelaki dan wanita. Kek serupa itu dikatakan dijual melalui Internet, termasuk menggunakan Facebook.


Penjualan kek itu dipercayai bermula dua tahun lalu dan didaftarkan atas nama individu, lapor Harian Metro semalam.Pemilik Facebook itu secara terbuka dilaporkan memaparkan koleksi gambar kek, yang menunjukkan lelaki dan wanita berbogel dalam keadaan mengghairahkan, selain mendedahkan bahagian dada wanita dari pelbagai sudut.

Beliau juga memuat naik lebih 20 gambar kek yang disiapkan dan mendapat maklum balas daripada lebih 50 pengguna laman sosial berkenaan sejak 2010.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya kesal dengan kewujudan Facebook berkenaan yang boleh menimbulkan rasa ghairah kanak-kanak bawah umur.
Menurutnya, pemilik Facebook berkenaan sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti semua bangsa di Malaysia, khususnya masyarakat Islam.

"PPIM menerima aduan daripada ibu bapa yang risau dengan kewujudan pautan dinding itu. Yang kami persoalkan ialah kenapa ia diletakkan di laman sosial yang boleh dilihat secara terbuka. Jika ia inisiatif seni sekalipun, wajar dipertontonkan secara tertutup," kata Datuk Nadzim.
Menurut beliau, pemerhatian pihaknya ke atas Facebook berkenaan juga mendapati ia terdedah kepada kemungkinan dibaca kanak-kanak kerana terdapat segelintir individu yang berkongsi bersama rakan lain dan tindakan itu perlu dibendung segera.

"Memang ada ke-nyataan, gambar itu dikhaskan bagi orang dewasa tetapi bagaimana kami hendak pastikan ia tidak dilihat mereka yang tidak sepatutnya.
"Kami minta pihak berwajib mengambil serius masalah ini kerana ia bukan perkara baru. Malah, dua tahun telah dimuat naik dalam laman sosial," tambah Datuk Nadzim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP