Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 14 Ogos 2012

KEWAJARAN RCI DAN PENDATANG HARAM DIPOLITIKKAN


                           Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie di majlis berbuka puasa Masjid Pekan Kota Belud
“Jangan  politikkan RCI pendatang haram”.

Sebagai rakyat Sabah, saya berpandangan berbeza dengan Datuk Seri Mohd Shafie yang menyatakan supaya “Jangan politikkan RCI pendatang haram”. Rakyat Sabah khususnya begitu lama menanti penyelasaian pendatang tanpa izin yang menyebabkan masalah besar kepada struktur kependudukan Sabah. Dari dahulu dan sehingga sekarang tidak ada satu pun tindakan konkrit yang dibuat untuk menyelesaikan masalah pendatang haram.  Kebanjiran pendatang haram hampir mengatasi jumlah penduduk Sabah. Dalam statistic tahun 2010 jumlah mereka adalah sebanyak 889,779 orang, Sebelum ini banyak suara telah dilontarkan supaya perkara ini diambil tindakan, namun pihak persekutuan membisu untuk menyelesaikan masalah ini. Saya rasa dengan adanya perjuangan dan suara-suara politik terutama sekali pihak pembangkang maka barulah ada tindakan dibuat dari persekutuan. 

 
Oleh itu, Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) perlu dipolitikkan sebagai pemangkin kepada penyelesaian terbaik mengenai masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah. Kita tidak mahu nanti bahawa RCI ini hanyalah ditubuhkan semata-mata ingin dijadikan bahan gimik dan kempen oleh UMNO BN untuk meraih undi terutama sekali suasana hampir dengan PRU13.

2 ulasan:

  1. inilah sikap pihak berwajib membiarkan PATI masuk berleluasa kesabah..isu ini sepatutnya dibendung sedari awal lagi dahulu..kenapa??pasti ada muslihat disebaliknya..kami rakyat jati bumiputra sabah akan menentang dasar2 kemasukan PATI kesabah jika tidak diselesaikan sebelum PRU ke-13 nanti..RCI pastikan berjalan lancar memastikan PATI ini..

    BalasPadam
  2. Pakatan Rakyat ke yang mewujudkan PATI tuh..?
    PATI dah berleluasa sebelum Pakata Rakyat dilahirkan..!
    Jika pihak dalam UMNO/BN munasabah jugak.

    Agak pelik dan ganjil, pengundi Sabah pula macam taksub kepada parti yang sedang ditolak massa di semenanjung itu yang menimbulkan masalah kepada rakyat sabah.

    Tidak mustahil PATI-PATI berkenaan dah jadi ahli UMNO itu yang sentiasa memenangkan calon BN setiap kali PRU dijalankan.

    Bila lagi bro...
    'Ini Kali laaah...'

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP