Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 6 Ogos 2012

BAU BUSUK AKAN TETAP DIHIDU WALAUPUN DITAPOK

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat kewangan sulit yang berkaitan dengan rasuah perlu mendedahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, maklumat sulit seumpama itu tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.
"Jika ia didedahkan kepada umum, bermakna telah melanggar Bafia (Akta Bank dan InstitusiInstitusi Kewangan 1989).
"Tujuan Bafia adalah untuk melindungi integriti dan kredibiliti sistem kewangan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini kelmarin.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Mohd Rafizi Ramli, pada Rabu lalu didakwa melanggar Bafia kerana mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC) kepada umum.
Encik Mohd Rafizi tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Datuk Seri Najib berkata, jika seseorang itu mempunyai akaun dalam sistem kewangan maka perlu diyakinkan bahawa pemiliknya seharusnya dilindungi.
"Jika tidak, orang tidak akan menyimpan wang dalam sistem (kewangan). Pihak antarabangsa juga tidak melaburkan wangnya di Malaysia.
"Ini bercanggah dengan kepentingan awam. Ini kerana kepentingan awam adalah memastikan sistem kewangan tidak boleh dikompromi," katanya yang ditukil mStar Online.
Beliau, bagaimanapun, menjelaskan, ini tidak bermakna kerajaan membiarkan aktiviti rasuah dan penggubahan wang haram kerana maklumat mengenainya boleh disalurkan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP