Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 19 Oktober 2010

Sentuhan Refliksi Ikan

Ikan-ikan menyambut kedatangan Fiza di gigi air

Luanti terletak di Kg Nalapak, Ranau, Sabah. Kampung Nalapak adalah terkenal dengan ladang teh di Sabah. Nalapak juga terkenal dengan Raja Buah iaitu Durian. Pada setiap tahun, ramai pelancong tempatan dan luar negeri membanjiri tempat ini semata-mata melihat keunikan ladang teh di dalam hutan. Ladang teh ini adalah ladang yang terbesar di Sabah.

Satu tarikan baru di Kg Nalapak ialah ikan-ikan yang amat mesra kepada manusia. Ikan-ikan ini terpelihara oleh keadaan air sungai dan persekitaran yang semulajadi.

Satu amalan masyarakat Dusun terutama di kawasan Ranau ialah amalan sistem Tagal bertujuan untuk menjaga kelansungan hidup pelbagai spesis ikan di kebanyakan sungai di daerah ini.

Dengan sebab itu, sesiapa yang berkunjung ke Luanti, Nalapak, Ranau, pasti merasa amat bertuah kerana dapat merasa sentuhan ajaib atau sentuhan refleksi ikan-ikan di
sini.


Membuat kocakan di air untuk memanggil ikan



Menabur makanan ikan




Kristy dan Madius melayani ikan-ikan yang datang (Tamparuli)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP