Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 15 Jun 2010

Sabah Collage dalam kenangan




Main Entrance


Sabah Collage atau Maktab Sabah merupakan sebuah sekolah elit selepas merdeka. Sekolah ini telah banyak melahirkan tokoh-tokoh politik, akedemik, kedoktoran, jurutera, perundangan dan sebagainya.


Namun masa kini sekolah ini mula dilupakan, malah sebahagian besar bangunan ini telah diruntuhkan dan ditinggalkan atas nama pembangunan. Hanya yang tinggal dalam keadaan utuh adalah dewannya yang tidak pernah berubah sedikitpun sehingga ke hari ini.


Ingatan saya ketika bersekolah di sini amatlah indah, kali pertama saya memasuki sekolah ini pada bulan jun 1981 dalam tingkatan enam. Kebanyakan pelajarnya adalah datang daripada golongan yang berada ketika itu.


Suatu perkara yang amat sukar untuk memasuki sekolah ini adalah kerana ia menjaga prestasi pelajar. Pelajar yang benar-benar berprestasi tinggi sahaja berpeluang untuk memasuki sekolah ini.


Kewujudan sekolah ini sedikit sebanyak telah melakar sejarah yang panjang kepada sebahagian besar pelajar selepas merdeka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP