Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 28 Ogos 2009

Kenapa Isu Kartika Diangkat Sebagai Kes Besar Dalam Negara?

Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukum sebat ke atas Kartika Sri Dewi Sukarno. Satu Malaysia pula diajak membicarakan serta mempertikaikan hukuman tersebut.Adakah undang undang Islam tak betul? atau berbeza dengan undang undang sivil?. Respon kita dapat lihat dari banyak pihak begitu juga dengan PM sendiri dan beberapa pemimpin wanita yang mempertikaikan hukuman tersebut. Ini menunjukkan bahawa mereka seolah-olah tidak mahu dengan hukum Islam. Banyak cadangan untuk mengelak hukuman tersebut. Namun begitu Kartika tidak mengindahkan semua cadangan tersebut malah bertegas untuk menerima hukuman cara Islam. Ini menunjukkan bahawa Kartika sedar dengan kesalahannya, faham dengan hukum tersebut dan takutkan Allah swt.

Begitu juga pemimpin seperti Sharizat, begitu lantang mempertikaikan hukuman tersebut. Ada apa-apakah di sebaliknya? Apa yang pasti, kerana tak faham hukum dan kurang ilmu maka ketua wanita UMNO,Sharizat A.Jalil bersikap jahil dalam kes ini.

Lanjutan daripada itu, media perdana juga setiap hari menjadikan kes tersebut begitu sensasi. Adakah kes ini memberikan masalah yang amat besar kepada Satu Malaysia? Ini merupakan masalah terpencil yang boleh diselesaikan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Rabu, 26 Ogos 2009

Tahniah Mohd Salleh Man

Pas telah mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, melalui calonnya Mohd Salleh Man dengan majoriti 4,551 undi.

Mohd Salleh memperoleh 9,618 undi dan menewaskan calon BN Rohaizat Othman yang mendapat 5,067 undi.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir itu telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat pengiraan undi di Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam, pada jam 7.30 malam tadi.

Seramai 14,832 orang datang mengundi atau 73.1% daripada 20,290 keseluruhan pengundi

Selasa, 25 Ogos 2009

Takbir UMNO Selawat PAS

Selalunya penyokong PAS akan bertakbir dalam apa juga suasana, namun begitu UMNO pula mulakan dengan sorakan takbir beramai-ramai di penggundian di SMK Sama Gagah pagi ini.


Penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat ke atas nabi beramai-ramai. Sesuatu yang baik kerana bertasbih dan berselawat adalah amalan yang mulia terutama sekali pada bulan puasa (ramadan)

Penyokong Umno juga turut melaungan 'Hidup BN' dan 'Hidup Melayu'. Adakah itu satu amalan yang mulia. Ini adalah kerana laungan ini adalah laungan mematikan yang lain selain daripada BN dan Melayu.


Bertakbir adalah diluar kebiasaan UMNO terutama sekali di bulan Ramadhan. Mengikut kata orang-orang tua, kalau membuat sesuatu diluar kebiasaannya, itu menandakan orang itu akan mati. Adakah ini tanda UMNO akan mati tidak lama lagi? atau UMNO akan kalah lagi?

Sabtu, 22 Ogos 2009

kerajaan mau sekat bloger tak ikut peraturan

Kerajaan mahu bertindak menuntup atau menyekat blog-blog yang tidak mengikut peraturan kerajaan. Ini kerana kebanyakan blog dianggap menentang dan menuduh kerajaan tidak betul.

Tindakan menyekat ini, dilihat sebagai satu usaha kerajaan untuk mengawal ruang kebebasan bersuara melalui media dalam talian sama dengan media lain.

Kebanyakan bloger seperti saya, mempunyai akal untuk menilai sendiri kandungan yang diterbitkan melalui media Internet. Janganlah pula kerajaan bersifat dictator mengenakan telampau banyak kawalan ini bukannya barang kawalan.

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP