Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 24 Jun 2010

Kerana Wang Tokek Jadi Mangsa


Harga pasaran bagi beberapa jenis haiwan menyebabkan ramai anak muda di Kota Belud mengopek dinding dan siling rumah semata-mata mencari tokek. Rumah lama yang telah ditinggalkan menjadi mangsa utama. Keadaan ini berlaku kerana haiwan jenis ini mempunyai harga yang tinggi di pasaran.





Begitu juga dengan haiwan seperti berikut. Harga tinggi melambung di pasaran gelap terjadi kerana dipercayai mempunyai khasiat tersendiri. Haiwan-haiwan ini semakin pupus kerana aktiviti haram. Beberapa kumpulan di percayai mencari dan sanggup tidur di hutan untuk menjerat dan menangkap tersebut.



Ahad, 20 Jun 2010

Oh Tamau..pemimpin begitu-begitu jua..

hendak dikatakan kita merdeka, kita dah merdeka pun dan menjangkau 50 tahun. Mau dikatakan negara maju setanding dengan negara lain, dah ada buktilah pula. Memang maju kalau dipandang mata. Mau katakan rakyat merempat, ya masih ramai yang merempat termasuklah jugalah yang merempit. Mau katakan kemajuan telah beri, ya betul tetapi berpilih-pilih dan berkasih-kasih di pilihan raya sahaja. Jadi Payah juga........


Sudah banyak pemimpin besar egonya dan kecik egonya, yang berjanji akan selesaikan tak juga selesai-selesai.... bukan apa saya hanya cuma berasa terkilan bilalah saya dan orang kampung dapat minum air bersih. Hari-hari masih minum air perigi, dahlah tu berkelodak dan colorful
lagi. Tak payah bubuh milo atau kopi, cuma tambah gula dah cukup.

Tahniahlah kepada penduduk Tamau, Tawadakan, Lilud, Pintasan, Kota Bongan dan lain-lain kerana tahan lasak minum air colorful.


Kalaulah diadakan pertandingan mencari ~juara pemimpin~Juara Rakyat~ di daerah Kota Belud rasa-rasanya yang ada sekarang ini pada saya tersangat layak, gitu-gitu juga......

BILALAH BULAN BERKEMBANG DISINI? KALAU BULAN

BERKEMBANG DIBULAN PURNAMA MUNGKIN BARULAH

KELAMKABUTTTTTTTTTTTTTTTTT

Selasa, 15 Jun 2010

Sabah Collage dalam kenangan




Main Entrance


Sabah Collage atau Maktab Sabah merupakan sebuah sekolah elit selepas merdeka. Sekolah ini telah banyak melahirkan tokoh-tokoh politik, akedemik, kedoktoran, jurutera, perundangan dan sebagainya.


Namun masa kini sekolah ini mula dilupakan, malah sebahagian besar bangunan ini telah diruntuhkan dan ditinggalkan atas nama pembangunan. Hanya yang tinggal dalam keadaan utuh adalah dewannya yang tidak pernah berubah sedikitpun sehingga ke hari ini.


Ingatan saya ketika bersekolah di sini amatlah indah, kali pertama saya memasuki sekolah ini pada bulan jun 1981 dalam tingkatan enam. Kebanyakan pelajarnya adalah datang daripada golongan yang berada ketika itu.


Suatu perkara yang amat sukar untuk memasuki sekolah ini adalah kerana ia menjaga prestasi pelajar. Pelajar yang benar-benar berprestasi tinggi sahaja berpeluang untuk memasuki sekolah ini.


Kewujudan sekolah ini sedikit sebanyak telah melakar sejarah yang panjang kepada sebahagian besar pelajar selepas merdeka.

Isnin, 14 Jun 2010

Hujan dan Banjir


Hujan lebat berserta angin kencang telah berlanjutan, terutama sekali di bahagian pantai barat Sabah, hujan tiba-tiba dan hujan berpanjangan sering berlaku dalam dua minggu ini. Keadaan ini memungkinkan kejadian tanah runtuh. Apa yang pasti adalah kejadian banjir yang boleh berlaku bila-bila masa terutama sekali di Kota Kinabalu (Inanam, Telipok, Ums,Tobobon) kota Belud, Pitas, Kuala Penyu, Sipitang dan Beaufort.

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP