Cikgu Maikat Umpiliu
Secebis kisah di antara Kg Magandai dan Cikgu Mikat. Cikgu Mikat bukanlah
nama yang asing kampung ini. Terlalu banyak
sumbangan dan pengorbanan
beliau pada penduduk kampung dan juga murid-murid di sekolah ini. Beliau
adalah guru serbaboleh. Guru yang tahan lasak dan pernah mengikuti
latihan askar wataniah ketika belajar
di universiti.
Tidak hairanlah, beliau adalah antara
guru yang tidak pernah mengalah pada cuaca buruk, bencana tanah runtuh, hutan tebal,
bukit-bukau, kegelapan malam, dingin dan sebagainya. Beliau tetap akan ke sekolah
walaupun keadaan jalan raya dalam keadaan teruk. Terjatuh daripada motor, masuk parit, jatuh dalam sungai, mengarungi lumpur telah menjadi asam garam hidupnya.
Beliau juga turut mengorbankan wang
ringgit untuk kepentingan orang lain. Beliau membelakangkan kepentingan dirinya dengan
meminjamkan wang kepada penduduk kampung yang ditimpa masalah seperti
kematian, sakit dan sebagainya. Beliau turut menyekolahkan beberapa
pelajar Sk. Magandai di sekolah menengah. Kenderaan sendiri menjadi korban untuk keperluan sekolah, beliau bersama
guru besar En.Juradi Masadang dan guru Pk. Hem En.Joinin Jabil
anak-anak Magandai.
Ketika guru dan pelajar Sk. Magandai jatuh
sakit beliaulah yang akan menghantar mereka ke hospital
dengan kenderaannya sendiri tanpa memikirkan kos perjalanan tersebut. Walaupun pada saat
ini, beliau disyaki sakit jantung. Namun begitu, beliau tetap gagahkan diri pergi ke Sk.
Magandai tanpa mengira masa, waktu sekolah mahupun cuti sekolah. Terlalu banyak
pengorbanan beliau yang tidak dapat diungkapkan di sini. Warga pendidik dan warga Sk.
Magandai mendoakan agar beliau sihat walafiat. Kerana semangat
beliaulah telah membakar semangat setiap warga Sk.
Magandai untuk terus maju. Terima kasih Cikgu MIKAT UMPILIU. Jasa mu sentiasa dikenang.