Ini adalah kesekian kali saya turut serta dalam perkhemahan di SK Tembulion. Setiap kali perkhemahan di situ akan terjadi perkara pelik akan berlaku. Sekolah ini nampaknya tenang, namun jangan disangka tidak ada buaya. Sekolah ini sebenarnya menyimpan rahsia yang hanya dapat dihuraikan oleh orang-orang tertentu sahaja.
Minggu lalu, 22 hingg 26.04.2012 perkhemahan Kadet Polis seluruh Sabah di adakan di SK Tambulion. Daerah Kota Belud menjadi tuan rumah bagi perkhemahan tersebut. Saya salah seorang ahli urusetia perkhemahan tersebut turut berhadapan dengan cabaran kewujudan masyarakat jin di sekitar kawasan sekolah ini.
Kejadian hesteria sebelum ini dan yang minggu lalu sebenarnya berpunca daripada gangguan jin-jin tersebut. Kebanyakan kes yang terjadi adalah di kalangan peserta perkhemahan luar daerah. Penampakan jin yang terjadi adalah berupa kucing hitam yang tidak berkelip matanya, orang yang sangat tua lelaki dan satu sekeluarga ibu perempuan dan anak-anaknya. Kewujudan mereka berlaku di beberapa tempat di sekolah tersebut.
Gangguan pada malam pertama melibatkan dua orang peserta perempuan, pada malam kedua juga melibatkan dua orang perempuan. Tapi sebenarnya bukan itu saja mahluk-mahluk tersebut mula membuat kacau dengan cara meraba dan memegang terutama di khemah-khemah perempuan. Pada malam ketiga, mahluk-mahluk tersebut mula merasuk pelajar perempuan seawall pukul 8.00 malam.
Saya bukanlah kem komanden, tetapi demi keselamatan pelajar saya mengarahkan semua pelajar perempuan dikumpul dan tidur di dewan sekolah. Cara ini juga memudahkan kerja saya. Atas kepercayaan saya bahawa pada malam terakhir ini juga mahluk-mahluk ini juga akan menjalankan pesta mereka. Sudah tentu adalah nanti akan menjadi mangsa mereka.
Saya suka menyatakan di sini bahawa pada perkhemahan akan datang, perlu berkerjasama memikirkan soal ini supaya kejadian pelik tidak akan berlaku lagi.