Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 27 November 2009

Majlis Daerah Kota Belud Perlu Menembak Anjing

Kota Belud tercemar dengan pembiakan anjing liar di pekan ini. Anjing-anjing ini bukan sahaja membawa penyakit akan tetapi menambah kotor pandangan persekitaran pekan ini. Kehadiran anjing ini amat ketara apabila waktu malam di mana anjing-anjing ini beroperasi di tong-tong sampah, di belakang kedai makan, di atas gerai terbuka penjual kuih mueh di sekitar Pasar Tani dan Pasar Besar.

Mungkin penjual makanan gerai terbuka tidak tahu. bahawa pada waktu malam gerai mereka dinaiki, dijilat, ditiduri oleh anjing-anjing tersebut. Sebagai pelanggan Islam perlu memerhatikan kebersihan bukan saja makanan tetapi tempat penyedian dan tempat penjualan makanan. Bagi saya, keraguan amat tinggi terhadap kebersihan gerai terbuka kerana anjing-anjing ini.

Setiap orang hanya mampu bersungut apabila saya bertanyakan hal ini. Menurut penduduk yang datang berniaga di pekan Kota Belud, menyatakan bahawa pegawai di Majlis daerah tidak mampu membuat tindakan terhadap anjing-anjing liar ini. Menurut mereka, harga perluru terlalu mahal untuk menembak anjing-anjing tersebut.

Adakah benar peluru terlalu mahal? Perlu diingat bahawa setiap hari Majlis Daerah mengutip hasil sewaan tempat perniagaan. Gunakan sebahagian kewangan tersebut untuk tujuan tersebut. Ataupun minta sumbangan daripada pihak polis ataupun tentera dan juga pihak Rela. Jangan nanti pekan ini mendapat nama sebagai PEKAN ANJING LIAR

Ahad, 22 November 2009

Isnin, 9 November 2009

Gadis Kembali Selepas 19 Tahun




Gadis Kamboja Rochom P’ngieng,telah menghabiskan 19 tahun hidup di hutan setelah hilang ketika masih kecil, telah berjuang untuk hidup normal dengan kehidupan di desanya. Namun kini dia ingin kembali ke kehidupan liar.

P’ngieng yang digelar “perempuan hutan” ketika muncul pada Februari 2007, hingga kini tidak boleh bercakap dan menolak berpakaian. Puterinya itu terus berusaha untuk kembali ke hutan.

”Keadannya kelihatan semakin teruk berbanding ketika kali pertama kami bawa dari hutan. Dia selalu ingin membuka pakaiannya dan bergerak kembali ke hutan,” kata Sal Lou, ayah perempuan itu.


Rochom P’ngieng menghilang pada 1989 ketika berumur lapan tahun ketika menggembala kerbau air di Daerah Ratanakkiri yang bersempadan dengan Vietnam, timur laut ibu kota Phnom Penh

Orang tuanya telah putus harapan untuk menemui kembali puterinya. Namun pada 2007, P’ngieng muncul dari hutan dalam keadaan telanjang dan kotor. Dia duduk membungkuk seperti seekor monyet dan ditangkap karena mencuba mencuri di sebuah kebun.

Layari laman untuk berita selanjutnya:
http://newsvote.bbc.co.uk/mpapps/pagetools/email/news.bbc.co.uk/player/nol/newsid_6280000/newsid_6281800/6281849.stm?section=news&mp=wm&bw=nb

Ahad, 8 November 2009

Adakah nanti nama Kg Tamau dan sekitarnya akan tersenarai selepas pengumuman PM?

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman penting bagi mengatasi masalah bekalan air dan elektrik di Sabah dalam tempoh terdekat ini.

Berita ini amat menggembirakan penduduk di luar bandar, terutama sekali penduduk di Tamau, Tawadakan, Kota Bungan, Lilud, Pintasan dan lain-lain. Sejak Merdeka penduduk di sini tidak pernah menikmati air terawat dari kerajaan.

Walau pun kedudukan kampung-kampung ini berhampiran dengan bandar Kota Belud namun kampung-kampung ini dipinggirkan. Walaupun pemimpin bersilih ganti, namun mereka tidak pernah banyak membuat usaha untuk memperjuangkan kebajikan kampung-kampung ini.

Sebut saja nama Datuk Pandekar, Datuk Hj Musbah, Datuk Salleh dan lain-lain, adalah nama-nama besar dalam politik di daerah ini. Namun begitu, mereka melupakan keperluan asas penduduk di sini.

Dengan pengumuman PM ini nanti, adalah harapakan bahawa nama-nama kampung di sini akan menjadi senarai utama untuk mendapat bekalan air bersih.

Selasa, 3 November 2009

KENAPA BA DIAORANG TAK SETUJU DENGAN SINGLE-STREAM SCHOOL?

Sistem satu aliran adalah satu yang amat ideal untuk semua kaum yang pelbagai dalam Negara ini. Sesuai dengan kehendak konsep Perpaduan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh PM.


Sejarah perkembangan pendidikan dalam negara ini amat unik dan panjang kerana ia berkembang selari dengan perkembangan tiga kaum terbesar dalam negara ini. Pendidikan telah bermula sebelum merdeka lagi. Pendidikan dibangunkan secara persendirian oleh kaum masing-masing. Sehingga hari ini, pendidikan yang berteraskan kaum digunapakai dalam pendidiakan namun begitu kesemua sekolah menggunakan kurikulum yang sama seluruh negara.

Kehendak kepada satu aliran dalam pendidikan akan mengundang pendapat pro dan kontra. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa akan ada penentangan terhadap polisi baru ini jika dilaksanakan. Penentangan akan berlaku dikalangan orang Melayu sendiri, kaum Cina dan India. Begitu juga dengan golongan politik, golongan agama, dan golongan NGO akan bangun menentang cadangan ini.

Pada ketika ini, sudahpun ada suara tidak setuju terutama sekali dari kaum India. Sedikit masa lagi akan ada pula suara yang sama dari kaum Cina. Sistem baru ini adalah satu bentuk ancaman kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan. Daripada segi logiknya, sistem baru ini akan menghilangkan identiti kaum masing-masing.

Satu isu besar yang perlu saya nyatakan bahawa kaum lain tidak setuju dengan satu aliran adalah kerana kaum lain melihat sekolah kebangsaan ketika ini TERSANGAT KEMELAYUAAN dan bercirikan Islam. Keadaan ini mengusarkan kaum lain untuk bersekolah di sekolah kebangsaan. Ini nampak dengan jelas apabila kita menjenguk berapa kerat kaum Cina dan India bersekolah di sekolah kebangsaan.


Bagi rakyat yang tinggal di negeri Sabah, golongan elit dan golongan menengah juga bukan kaum Cina dan India juga akan bersuara tidak setuju. Kedua-dua golongan ini mempunyai alasan untuk tidak setuju kepada sistem satu aliran. Kecendrongan kedua-dua golongan adalah kepercayaan bahawa sekolah jenis kebangsaan dapat memenuhi kehendak pendidikan akedemik anak-anak mereka. Maka golongan ini berebut-rebut menyekolahkan anak-anak mereka di situ walaupun mempunyai yuran yang mahal. Satu perkara yang ingin saya nyatakan bahawa golongan ini tidak menaruh keyakinan kepada sekolah kebangsaan yang dimiliki kerajaan sepenuhnya.


Kenyataan di atas adalah sebahagian daripada alasan untuk tidak bersetuju dengan sistem satu aliran dalam pendidikan dalam negara ini. Perbincangan, pandangan, pendapat dari rakyat negara ini perlu untuk melaksanakan sistem tersebut.

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP