Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 29 September 2009

Isa Samad Calon Yang Tak Bersih Dan Tercalar


Sebelum ini Umno mewar-warkan bahawa calon yang akan dipilih untuk Bagan Pinang adalah calon yang bersih dari segala noda politik. Namun sekali lagi Umno menelan balik kata-kata tersebut dan akan memperteruhkan Isa Samad sebagai calon terbaik. Apakah pemilihan ini akan memberikan impak yang tinggi kepada Umno dan BN? ataupun berlaku sebaliknya.

Menyorot kembali karier Mohd Isa telah memenangi jawatan Naib Presiden Umno bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi, iaitu undi tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Bagaimanapun jawatan itu tidak kekal lama apabila keahliannya digantung selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) setelah beliau didapati dan dibuktikan bersalah terhadap dakwaan rasuah atau mengamalkan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004.

Beliau pada mulanya digantung keahlian selama enam tahun oleh Lembaga Disiplin Umno kerana kesalahan tersebut tetapi tempoh hukuman itu dikurangkan separuh kerana Isa kroni tegar Umno.

Walaupun telah digantung keahlian, dan telah meletakkan semua jawatan termasuk sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Okt 2005, nampaknya Umno masih mempercayai Isa samad calon yang PALING BERSIH!

Isnin, 28 September 2009

THE MAD WEDDING


The Edge sebuah station Radio di New Zealand menganjurkan perkahwinan gila dengan menawarkan $50,000 kepada pasangan yang berkahwin dan rela berbogel. Pasangan itu juga akan mendapat liputan perkahwinan.

Perkahwinan seperti ini menunjukan nilai-nilai kemanusiaan telah hilang dan tak berharga. Ini samalah juga dengan perkahwinan sejenis yang mendapat pengiktirafan di beberapa buah negara di barat.

Marilah kita berusaha untuk mengelak perkara seperti ini berlaku dalam negara kita. Paling tidak, berdoa agar dijauhkan dari perbuatan mungkar dan terhindar daripada mendapat bala.

Ahad, 20 September 2009

Dokumen milik Noordin Mengandungi Maklumat Sulit

Polis Indonesia telah menyiasat dokumen milik Noordin Mohammed Top yang dijumpai di rumah yang diserbu di Kepuhsari, Solo. Dokumen tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan negara luar. Namun pada masa ini, polis Indonesia enggan menjelaskan perkara ini kepada umum.

Di antara isi kandungan dokumen itu termasuklah sasaran serangan bom berikutnya oleh kumpulan yang diterajui oleh Noordin. Dokumen juga mengandungi maklumat rangkaian pengganas di Indonesia dan negara sekitar Indonesia.

Sabtu, 19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Wish Selamat Hari Raya Aidilfitri to all the reader of my blog and blogger in Malaysia and around the world.


Siapa Berani Kata Minyak Ron95 dan 97 Baik Untuk Kereta Kita

Saya telah melakukan perjalanan yang agak jauh dari KOta Belud ke Ranau yang jauhnya lebih kurang 78 km. Perjalanan ke sana adalah melalui cerun bukit yang paling panjang di Sabah.

Dalam pengalaman saya, perjalanan ini amat menyakitkan hati saya kerana perjalan yang SANGAT lambat , tidak pernah saya lalui sebelum ini. Walaupun kereta besar dengan kuasa 2.7 liter namun kereta saya tidak dapat bergerak dengan laju, balik-balik semput. Saya juga tidak pernah menggunakan gear 2 sebelum ini untuk naik bukit, ini tidak semana-mana pula guna gear 2. Saya rasa, kereta saya seolah-olah mengangkat beban 1 tan. Dalam keadaan seperti ini, pelbagai pertanyaan keluar dalam kepala saya.

Saya singgah di pekan Kundasang dan bertanyakan masalah saya dengan seorang pomen kereta. Dari perbualan kami, saya mendapati bahawa masalah kereta saya adalah disebabkan oleh minyak Ron 97. Sangkakan minyak baru ini baik punya, rupa-rupanya indah khabar dari realiti sebenar. Kita tertipu dengan kenyataan yang minyak ini berprestasi tinggi.

HARGA MAHAL TAPI TIDAK BERKUALITI

Selasa, 15 September 2009

Kisah Selipar Yang HINA

Selipar digunakan untuk keselamatan kita. Pendek kata kita amat bergantung kepada selipar dalam kehidupan seharian. Tanpa selipar kita merasa janggal untuk berjalan di atas tanah, di lantai, di batu, di atas najis dan sebagainya. Bayangkan bagaimana pentingnya selipar.


Andai kata selipar mempunyai nyawa, saya dapat bayangkan bagaimana marahnya selipar kepada kita. Masa baru diperlakukan dengan baik, bila dah buruk masuk pula ke dalam tong sampah. Begitukah akhirnya hidup kita?

Selipar dijadikan lambang kehinaan, siapakah yang lebih hina? seliparkah atau orang yang menyatakan selipar hina? Selipar tidak pernah menghina tetapi berhidmat dengan taat setia kepada tuannya. Alangkah kesihannya selipar..........

Isnin, 14 September 2009

NIK AZIZ - UMNO MATI

Kenapa UMNO mesti mati? Nik Aziz kata UMNO mesti Mati. Sebagai rakyat Malaysia persoalan ini amat berat untuk difikirkan kebenarannya dan kemungkinannya. Namun begitu mungkin ada benarnya apabila pelbagai pihak memberikan gambaran bahawa UMNO sedang dalam keadaan gawat.

Sebagai rakyat Malaysia sudah tentu merasa dengan banyak kalaupun tidak sedikit bagai mana UMNO memimpin rakyat.Namun. bagi rakyat Sabah dan Sarawak pula tidak merasa langsung kerana UMNO bukannya bermastautin di sini. Mungkin kerana Sabah dan Sarawak terpisah olh Laut Cina Selatan maka tidak merasa pahit, asam dan tawarnya UMNO.

Mengikut laporan berita semasa (bukan saluran media perdana) UMNO dan BN dilihat mempunyai pelbagai masalah kronoik dari segi kepimpinan. Pandangan individu tertentu mengambbarkan bahawa ada bibit perpecahan berlaku dalam UMNO sebagaimana MCA dan MIC ketika ini.

Melihat pada isu MATINYA UMNO, UMNO Dalam beberapa pilihan raya peringkat nasional, nampak terdapat begitu besar penentangan terhadap UMNO di tanah airnya sendiri. Negeri UMNO terjual kepada pembangkang dan begitu juga dalam beberapa siri pilihan raya kecil kampung UMNO telah ditawan oleh pembangkang. Tak tau pula bagi kampung UMNO Bagan Pinang? DIJUAL atau DIGADAI?

Sabtu, 12 September 2009

BLOG AJARAN SESAT DAN MENGHINA ISLAM: AMBIL TINDAKAN SEGERA

BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA TULISAN ABDUL KAHAR BIN AHMAD, RASUL ALLAH, YANG NYATA SESAT DAN MENIMBULKAN PENGHINAAN KEPADA AGAMA ISLAM
__________________________________________________________________________________

1) KETERANGAN DAN BUKTI TENTANG ADANYA RASUL SELEPAS MUHAMMAD
Rujuk Al Quran, Surah Ali Imran, ayat 81;

'Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: "Sungguh apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa Kitab dan Hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya". Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?". Mereka menjawab: "Kami mengakui". Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah hai para nabi dan Aku menjadi saksi pula bersama kamu".'

Merujuk ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas yang mana Tuhan mengambil perjanjian dari para Nabi iaitu daripada Nabi Adam hingga Nabi Muhammad selaku penutup Nabi-Nabi. Dan Tuhan itu telah menurunkan kepada para Nabi itu Al-Kitab dan Al-Hikmah. Kemudian datang kepada para Nabi itu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada pada para Nabi itu. Dan para Nabi itu pula sungguh beriman kepada rasul itu dan menolongnya. Tuhan itu mengatakan kepada para Nabi iaitu, adakah para Nabi itu mengakui dan menerima perjanjian Tuhan itu kepada mereka'. Para Nabi menjawab, 'Kami mengakuinya' iaitu membenarkan rasul-rasul-Nya itu serta menolongnya. Maka Tuhan berfirman kepada para Nabi, 'Saksikanlah dan Aku menjadi saksi bersama kamu' iaitu para Nabi tersebut.

Mengikut keterangan ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas, maka jelaslah rasul itu bukan terdiri daripada seorang Nabi. Walaupun rasul itu bukan dari seorang Nabi tetapi Tuhan dan para Nabi itu membenarkannya dan menolongnya. Niscaya sunnah Nabi itu berlaku pada dirinya. Dan Kitab Al Quran itu sempurna diturunkan Tuhan kepada rasul-Nya itu. Dan rasul itu pula pasti wujud selepas Nabi Muhammad. Ayat-ayat Tuhan itu telahpun berlaku kejadiannya sekarang ini sebagai bukti yang nyata kebenaran ayat-ayat Al Quran itu kepada umat manusia yang wujud sekarang ini. Walaupun rasul yang diutuskan Tuhan sekarang ini bukan dari salah seorang Nabi tetapi sifat-sifat kenabian itu ada pada dirinya. Walaupun rasul yang diutuskan-Nya sekarang ini adalah rasul yang tidak diceritakan Tuhan di dalam Al Quran dan tidak ada namanya tercatat di dalam Al Quran tetapi ianya tetap rasul Allah bagi kaumnya dan umat manusia sekarang. Kerana Tuhan itu berkata di dalam Al Quran, ada rasul yang dikisahkan-Nya dan ada rasul yang tidak dikisahkan-Nya di dalam Al Quran kepada manusia. Apabila Tuhan menurunkan Al Quran kepada rasul yang diutuskan-Nya sekarang ini, niscaya para Nabi itu ada turun berserta dengan rasul itu dan membenarkan-Nya iaitu ketika rasul menyampaikan ayat-ayat Al Quran, paraa Nabi ada serta menolong rasul itu. Ketika itu berlakulah sunnah Nabi kepada rasul-Nya itu. Semua orang beriman yang ada berserta dengan rasul-Nya itu dapat menyaksikannya roh Al Quran itu adalah roh Tuhan dan roh para Nabi. Tidak ada ayat-ayat Al Quran yang mengatakan Muhammad itu penutup rasul-rasul. Tetapi ada ayat-ayat Al Quran mengatakan Muhammad itu penutup Nabi-Nabi. Tetapi ayat Al Quran ada mengatakan, Muhammad itu salah seorang di antara rasul-rasul.

Rujuk Kitab Suci Al Quran, Surah Asy Syu'araa', ayat 192 hingga 195;

'Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.'

Yang benar,

Abdul Kahar Bin Ahmad
Rasul Allah


_____________________________________________________________________________

PERHATIAN !!!!!!!

Abdul Kahar Bin Ahmad telah mendakwa beliau adalah rasul allah. Ini nyata bahawa orang ini murtad.

Kepada pihak yang bertanggjawab iatu jabatan agama negeri dan Kementerian Dalam negeri dan Jabatan Perdana Menteri melalui Menteri yang bertanggunjawab , agar sesuatu tindakan boleh diambil terhadap blog ini dan penulisnya.

BOLG INI BERALAMAT : http://messengerofgodtoday.blogspot.com/

Selasa, 8 September 2009

Laungan Najib Buat Apa Saja

Berikutan kematian Wakil Dun Bagan Pinang Azman Mohammad Noor (al-fatihah), Najib nampaknya agak gusar dengan kedudukannya bagi mempertahankan kerusi tersebut walaupun penyandangnya sebelum ini datang dari pihak BN.



Laungan awal kempen Najib adalah "BUAT APA SAJA" untuk memenangi kerusi tersebut.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.
Pengundi Pos adalah lebih kurang 5000 orang daripada 12,000 pengundi. Najib nampak mungkin agak yakin apabila sebahagian besar daripada pengundi secara pos adalah dalam kawalannya dan berpihak kepada BN.



Apakah Najib akan dapat mempertahankan kerusi tersebut? Cerita kedai kopi menyatakan bahawa andaikata Najib kalah dalam pilihanraya ini, ini bermakna Najib bolehlah memikirkan kedudukannya sebagai PM sama ada meletak jawatan atau mencari pengganti yang sesuai.



Anwar Ibrahim juga melaungkan amaran awal supaya BN bersedia menghadapi tentangan sengit PR yang yakin dapat merampas kerusi DUN tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa walaupun kawasan berkenaan adalah kubu kuat UMNO, namun PR mempunyai keyakinan bahawa akan berlaku satu lagi ‘tsunami’ perubahan yang akan ditransformasikan oleh masyarakat di DUN berkenaan semasa pilihan raya kecil nanti.

Ahad, 6 September 2009

BIBIT PERKAUMAN AKAN MENGHURUHARAKAN NEGARA SEKALI LAGI

Pelbagai bentuk pertentangan kaum semakin jelas berlaku bukan saja dalam politik tetapi juga dalam hubungan sosial semasa. Pada ketika ini isu agama akan menjadi penyumbang kepada isu perkauman berdarah. Sekiranya tidak ada tindakan awal tidak mustahil akan berlaku lagi peristiwa 13 mei. Terbaharu ialah perarakan Kepala Lembu.
Perkara ini telah pun mengundang kemarahan kaum India terhadap Kaum Melayu.
Lanjutan daripada itu, berbagai perkara berlaku berpunca daripada perarakan tersebut.

Terkini adalah kekecohan di mana sudah rasa hormat antara kaum telah mula hilang. sila lihat video ini untuk membuat pernilaian sendiri.



Selasa, 1 September 2009

Merdeka Tapi Tak Reti Bahasa

SELAMAT HARI MERDEKA..... Satu ketika dahulu, selepas Merdeka khasnya, pemimpin-pemimpin di Sabah mengalami kesukaran berbahasa Melayu dengan baik. Ini kerana pemimpin ketika lebih mahir berbahasa Inggeris.


Ini lain pula ceritanya dengan Exco Perak. Merdeka dah berapa puluh kali di sambut tapi bahasa sendiri pun tak faham. Ingatkan `depa` lagi maju dalam bahasa. rupa-rupanya berlaku di sebaliknya. Agak-agak macam mana keadaan mereka dalam Sidang Dewan? Boleh jadi macam ayam bercakap dengan kambing, agaknyalah. Apa tidaknya, Menteri Besar Dr.Zambry mewajibkan semua Exco Perak dan semua Pegawai Kanan Kerajaan dikehendaki mengikuti kelas pemulihan bahasa, agar pandai berbahasa. Balik sekolah lah.. tu.


Masalah ini dituntut, untuk menyelasaikan masalah hubungan mereka dengan rakyat dan juga kecekapan dalam pentabdiran kerajaan. Kasihankan......'tak reti bahasa' rupanya diorang.

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP