Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 12 Disember 2020

ADAT PIKULAN

     



    Apa yang menarik dalam adat komuniti ini ialah kesemua adat dan barian [hantaran ] ini dirujuk dalam satu istilah yang disebut ' PIKULAN'. Jumlah pikulan inilah juga yang akan menentukan berapakah sebenarnya nilai barian atau hantaran yang perlu dikeluarkan oleh pihak silelaki kepada keluarga pihak siperempuan.


Apa tanggapan anda terhadap istilah 'Pikulan' ini.? Adakah ia merujuk kepada berat timbangan atau nilai duit wang yang perlu diberikan?. Mungkin ya. Mungkin juga tidak. Ini kerana 'Pikulan' dalam konteks adat-istiadat peminangan dan perkahwinan masyarakat pribumi Iranun ini sebenarnya merujuk kepada jumlah atau nilai harga ' Lembu atau kerbau' yang bakal diminta oleh pihak si perempuan.


Dalam konteks masyarakat Iranun Sabah, terdapat tiga peringkat adat yang sering diamalkan. Antara adat-adat tersebut ialah ' Adat 7 pikul atau 8 pikul ' Adat 10 pikul dan Adat 15 pikul. Lazimnya adat 7 pikul atau juga 8 pikul adalah untuk golongan orang biasa atau masyarakat umum. Adat 10 pikul adalah untuk golongan Bai. Sementara Adat 15 pikul adalah untuk golongan Datu atau bangsawan. Bagi memudahkan kita memahami asas adat pikulan ini, maka saya perturunkan dibawah ini adat bagi masyarakat kebanyakan, untuk perhatian dan tatapan anda semuaADAT 7 PIKUL [ PEREMPUAN] - GOLONGAN MASYARAKAT UMUM.


1. Elaga - 7 Pikul 

2. Barian [ Hantaran] - [ 5 Ekor lembu / kerbau ]

3. Pelit - 2 pikul [ untuk nenek lelaki si perempuan ]

4. Sewaka - 1 pikul [ untuk nenek perempuan ]

5. Benga - 1 pikul [ ketua adat / ketua kampung]

6. Getas Sarirai - 1 pikul [jurubicara adat / pemuda cara ]

7. Hulu adamak - 1 pikul [ tetamu jemputan / yang menyambut pengantin lelaki ]

8. Keramaian - 1 pikul [ pekerja dapur ]

9. Mas kahwin - RM 100.00 [ hak mutlak pengantin perempuan ]

10. Jurunikah - 5 pikul [ RM 100.00]

11. Saksi - [ nilai ditetapkan oleh pihak pberkuasa agama ]

12. Usunan - Sebuah kenderaan yang diperbuat daripada bambo [ buluh ].

     Namun demikian, janganlah anda terkejut jika nilai pikulan juga boleh digantikan [ditukar dengan wang yang cuma nilainya berjumlahRM:20.00 ringgit. Percaya tidak? Namun apapun sebenar adat ini bukanlah sesuatu yang mutlak. Ia akan bergantung kepada berbincangan dan perundingan antara pihak perempuan dan juga pihak si lelaki

      Semoga apa yang saya paparkan ini akan memberikan asas pengetahuan dan pemahaman anda terhadap adat masyarakat atau komuniti ini. Saya berharap pemaparan ini akan memberikan manfaat terutama kepada pihak lelaki yang berhasrat meminang atau berkahwin dengan si gadis daripada masyarakat Iranun pribumi Sabah ini.

#Hasil kajian kedoktoran oleh Dr Humin Jusilin, Universiti Malaysia Sabah. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP