Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 31 Oktober 2012

SIHIR PEMISAH SUAMI ISTERI



Kecantikan dan keanggunan menyebabkan lelaki sanggup buat apa saja untuk mencapai hajatnya. Kes terbaru adalah saya berhadapan dengan perbuatan durjana ke atas anak buah saya. Biarlah saya namakan anak buah saya sebagai SK dari Ranau. Sk telah meghadiri diri untuk berkursus di Kota Belud selama seminggu di sebuah pusat pemantapan pendidikan di situ. Semasa dalam kursus, penampilannya yang comel menyebabkan si lelaki tertarik kepadanya.
          Malangnya dia sudah bersuami, sungguhpun begitu ia meneruskan hajatnya untuk memilikinya. Niat jahatnya diteruskan dengan menggunakan khidmat bomoh untuk mempengaruhi SK. Dua hari sebelum habis kursus SK telah mengalami sakit seluruh badan, meracau dan pengsan.
Suami SK terpaksa membawanya pulang untuk mendapatkan rawatan.
          Keluarga SK telah berusaha mendapatkan khidmat rawatan beberapa orang bomoh, namun tidak berjaya. Keadaan SK berterusan dengan keadaan sakit, pengsan-pengsan dan meracau. Setiap petang SK meracau dan kemudian pengsan dalam sejam. Semasa meracau SK meminta suaminya supaya menceraikannya.
          Hari raya koban yang lepas ini (26.10.2012) saya balik kampung dan keluarga SK telah meminta saya untuk merawatnya. Saya mengunakan perubatan Islam Altenatif (Asma`ul azim) dan alhamdulillah dengan izin Allah SWT penyakit SK telah dapat dipulihkan. Sekarang ini SK mula nampak ceria dan mahu bercakap dengan ahli keluarganya. ALHAMDULILLAH

1 ulasan:

  1. seriau bila dengar benda2 macam ni.. harap2 kita dijauhkan...

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP