Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 11 Mei 2010

PENDUDUK KAMPUNG TAMAU

Kampung Tamau, kampung yang terletak di pesisir pantai. Penduduknya adalah terdiri daripada Kaum Irranun. Berbahasa Irranun sebagai pertuturan harian. Kaum Irranun adalah penganut Agama Islam.

Jarak kampung Tamau ini, dengan Pekan Kota Belud adalah sejauh 11 km. Ini memankan masa 20 minit untuk sampai ke kampung ini. Kampung ini boleh di hubungi dengan menggunakan khidmat pengangkutan kerete Pick Up dan Kereta Kancil. Tambang ke kampung ini ialah RM2.00 seorang.

Jumlah penduduk Kampung Tamau ialah lebih kurang 1300 orang (anggaran sahaja). Penduduk di sini mengamalkan pertanian tradisional seperti menanam padi, ubi manis dan keladi. Sebahagian penduduk juga terlibat dengan perkerjaan sebagai nelayan. Kegiatan menangkap ikan hanyalah dijalankan ditepi pantai dengan mengunakan sampan kecil (gubang). Tidak ramai yang terlibat dengan cara penangkapan ikan cara moden. Penduduknya juga terkenal dengan perniagaan terutama sekali kaum wanita. Boleh dikatakan sebahagian daripada wanita di sini pergi ke pekan Kota Belud untuk berniaga. Perniagaan mereka adalah seperti menjual ikan, sayur-sayuran, kuih muih dan lain-lain.

Perkembangan pendidikan telah merubah bentuk bidang perkerjaan penduduk. Golongan muda terutama sekali terlibat dengan lapangan perkerjaan yang lebih mencabar seperti
1. Keguruan
2. Kontraktor
3. Perubatan
4. Pekedai dan peniaga bermodal besar.

Perkembangan pendidikan juga telah membuka minda anak-anak muda untuk keluar lebih jauh. Kebanyakannya mereke berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu, Labuan, dan Tawau. Anak-anak muda lepasan SPM dan STPM juga berlumba-lumba pergi ke bandar, sasaran mereka adalah seperti bandar Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan tak kurang pula ada yang pergi ke Brunei dan Singapura.

Pada ketika ini, penghijrahan golongan muda telah mewujudkan satu situasi, di mana penduduk golongan tua, golongan kanak-kanak dan golongan remaja sahaja yang kelihatan di sekitar kampung. Penghijrahan golongan muda secara besar-besaran mungkin disebabkan tarikan pekerjaan dan hiburan di bandar-bandar.

Khawin campur adalah amat mustahil di kampung ini pada suatu ketika dahulu. Masyarakat Irranun pada masa dahulu hanya membenarkan perkahwinan dalam kaum itu sahaja. Ini memyebabkan kaitan keluarga semakin dekat. Boleh dikatakan mereka mempunyai perkaitan persaudaraan dalam bentuk bulatan. Susah untuk mencari orang asing dalam bulatan tersebut. Namun pada masa kini, kahwin campur telah diterima dengan baik menyebabkan kampung Tamau mempunyai kaum lain seperti Dusun, Bajau, Melayu Semanjung, Cina, India, Ubian, Suluk, Bugis dan lain-lain.

Pada masa ini, Kampung Tamau mempunyai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan hanyalah seperti Sekolah Kebangsaan Tamau, Klinik Ibu dan Anak Tamau, bekalan eletrik, masjid dan jalan bertar.

Walaupun Kampung Tamau ini nampak semakin maju, namun begitu ada keperluan yang perlu dilayan, iaitu bekalan air bersih. Penduduk masih minum air perigi, cuma pada ketika ini bunyi agak glamour sikit sebab guna eletrik water pump. Air yang di tarik dari bawah tanah berwarna merah dan berbau hanyir.

2 ulasan:

  1. apakah adat istiadat perkahwinan kaum irranun yang perlu dilakukan sepanjang proses perkahwinan tersebut?

    BalasPadam
  2. ini kerana saya telah berkahwin dengan kaum irranun tetapi tidak mengikut adatnya.menyebabkan saya telah menerima kesan akibat melanggar adat...boleh jelaskan

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP