Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 30 Disember 2009

BATU TANDA DATUK PADUKA MAT SALLEH DI KG. KAUNG KOTA BELUD



Saya kebetulan menghadiri perkahwinan anak buah di kg.Kaung, Kota Belud, pada 26.12.2009. Kg.Kaung adalah lebih kurang jauhnya 58km jauhnya dari pekan Kota Belud. Kampung ini masih jauh ketinggalan dari arus pembangunan. Jalannya curam dan merbahaya kepada pemandu yang tidak biasa dengan jalan sempit ke kampung tersebut.


Secara kebetulan saya ternampak satu batu terpacak di tengah-tengah kampung Kaung. Menurut En. Hajimin, batu tersebut adalah batu yang telah dipacak oleh Datuk Paduka Mat Salleh ketika dia lalu di kampung tersebut untuk pergi ke daerah Ranau.

En.Hajimin di samping Batu Tanda Pusat Dunia.


Ketika Paduka Mat Salleh memacakkan Batu Tanda tersebut, dia menyatakan bahawa tempat tersebut adalah "PINTANGGAAN DOT POMOGUNAN" yang bermaksud pertengahan dunia atau pusat dunia. Batu ini mempunyai ketinggian 4 kaki dan lebarnya satu setengah kaki.

9 ulasan:

  1. Saudara Hajin,
    Jarang diketahui orang batu tanda ini.Saya pun tidak tahu tetapi dengan adanya catatan saudara,sebaiknya tempat lokasi batu tanda ini dijadikan tapak bersejarah kerana ia amat penting sejarah negeri kita.Saya pun ingin juga ke pusat dunia itu.salam

    BalasPadam
  2. catatan ini amat dihargai sebagai rujukan. Perlu diadakan lebih banyak siasatan mengenai latar belakang peristiwa yg membawa kepada terpacaknya batu tersebut.

    Salam MO

    BalasPadam
  3. Menurut nenek saya di Kampung Toboh, Tambunan (mendiang Veronica Timah Buhu) bahawa ibunya yang bernama Kindoyom berasal dari kampung Langkuas, Kinarut, telah berpindah ke kampung Toboh kerana mengikuti rombongan Paduka Mat Salleh ke Tambunan. Mungkin ada ramai lagi pengikut Mat Salleh dari Pantai barat yang berpindah ke Daerah Tambunan. Tentu ada banyak cerita lisan yang diperturunkan dari nenek moyang keturunan pengikut Mat Salleh ini, jika sesiapa di antara anda yang kebetulan keturunan pengikut dan mempunyai cerita lisan atau lagenda, sila catatkan dalam blog saya iaitu http://WarisPengikutPadukaMatSalleh.blogspot.com
    terimakasih.

    BalasPadam
  4. wah..sy pun tak tau bahawa batu tersebut adalah batu bersejarah..??
    hmmm..

    BalasPadam
  5. Lompugat88@gmail.com7 Februari 2011 3:58 PTG

    Wah.... mcm mana saya balik2 pulang sana tak tau pun batu ini....
    Ada beberapa tempat lagi tinggalan sejarah di Kota Belud tapi susah betul berhubung dengan Pengarah Muzium Sabah.... Setiap kali cll pasti pembantu cakap mesyuarat.... bila tanya bila selesai tak tahu... bila minta cll balik.... diam..... Kg. Sumbilongon Kelawat, Kg. Mandap, Kg. Melangkap ada nilai sejarah.... tak siapa tahu.... tapi mungkin pihat tertentu punya kepakaran untuk mencari orang tang tahu kewujudan kubur lama dan pecahan bahan2 lama...

    BalasPadam
  6. Tumpang lalu, mohon di doakan moga mereka ini yang rupanya keturunan Shariff /Ahlul bait Rasulullah kembali kepada agama datuknya yakni Islam.. Amin

    http://jarimerdeka.blogspot.com/2013/02/panasss-jeffrey-kitingan-merupakan.html?m=1

    http://tausug-global.blogspot.com/2012/10/facebook-philippine-sabah-claim-forum.html?m=1

    Adakah Dr Jeffrey tahu latarbelakangnya sendiri? Mungkin juga Dr Jeffrey tahu salasilahnya sendiri tapi berusaha menyembunyikannya dari pengetahuan umum. Namun ahli keluarganya yang lain tidak dapat menyembunyikannya, iaitu Tan Sri Pairin Kitingan bekas hakim negeri sabah ( hakim Kadazan yang pertama) dan adiknya Datuk Dr Jeffrey Kitingan seorrang peguam terbilang dan Top 10 student semasa belajar di Havard University adalah cucu Datu Paduka Muhammad Salleh (Mat Salleh) dari isteri Dusun Tambunan bernama Siti Fatimah dlm nama islamnya. Entah bagaimana dari keturunan isteri Dusun ini kemudian berjaya dikristiankan tidaklah dapat diketahui. Mungkin setelah kehilangan Mat Salleh selepas perang Tambunan, wanita-wanita Dusun yang Islam kebanyakannya isteri-isteri pahlawan Suluk yang berjuang bersama Mat Salleh telah sembunyikan identiti sehinggalah kemudian mereka menjadi kristian.

    Ini bermakna Dr Jeffrey adalah Tausug atau Suluk secara Salasilah, sangat jelas dalam darah mereka mengalir darah Shariff kepahlawanan Tausug dari Ahlulbait Rasulullah SAW tinggal lagi orang Suluk malu menyebut keluarga Kitingan dari keluarga Rasulullah SAW kerana mereka telah dikristiankan. Saudara terdekat atau sepupu terdekat keluarga Kitingan ini ialah keluarga Tun Datu Mustapha. Kisah Tun pun sama yakni sebenarnya adalah anak Datu Paduka Mat Salleh juga dan bukannya Datu Harun spt yang kita sedia maklum. Mereka nampaknya punya keturunan dan salasilah yang sama. Perkara ini berlaku atas sebab2 keselamatan kerana semua keturunan Datu Paduka Mat Salleh di buru hingga kelubang cacing pasti di bunuh jika dapat di tangkap.

    Semua ini adalah perancangan Yahudi atas nama penjajah. Penjajah itu datang ke Nusantara antara agendanya adalah untuk menghapuskan keturunan Rasulullah yang mereka sangat tahu bahawa dari zuriat inilah akan lah akan lahir pemimpin yang Rasulullah sebut yakni Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Yahudi telah lama mengetahuinya. Seorang peramal Yahudi dari Perancis di kenali dengan nama "Nostradamus" telah menulis ramalannya lebih 200 tahun lalu seperti link berikut:

    http://keluargasambion.blogspot.com/2009/04/ramalan-nostradamus-tentang-akhir-zaman.html?m=1


    Apa yang mungkin tidak jelas bagi Dr Jeffrey ialah jalur keturunan Mat Salleh itu dari mana datangnya. Sebenarnya Mat Salleh dari keluarga Sultan Bantilan I (defender of Islam) bukan dari keluarga Sultan Azimuddin (Kiram). Maka sewajarnya beliau kembali mendokong keluarganya sendiri dari jalur Bantilan kerana Sultan Sulu yang mengapalai SSDI sekarang adalah dari keluarga Sultan Bantilan I. Saya kira beliau telah lakukan kesilapan berhubungan dengan individu yang mengaku Sultan-Sultan Sulu yang mana sultan-sultan ini tiada pengetahuan sejarah malah berkesinambungan melakukan kesilapan hingga menjadikan mereka dimusuhi oleh Tausug sendiri.

    Nampaknya sekiranya Dr Jeffrey punya perhubungan dengan keluarga Kiram seperti di atas, maka Parti Star yang dikepalai oleh Dr Jeffrey dan parti-parti yang mendokongnya seperti SAPP dan USNO Baru (peringkat penaja) tidak akan disokong olah pengundi Tausug di Sabah. Kita mengharapkan bahawa gambar di atas iaitu Dr Jeffrey bersama Sultan Muidzullail Kiram hanyalah lawatan biasa tanpa apa-apa agenda yang tidak diingini oleh Tausug dan Kesultanan Sulu (SSDI). Untuk lebih jelas eloklah Tausug sendiri yang tanya Dr Jeffrey berkenaan keturunannya serta hubungannya dengan Kiram secara lanjut.

    BalasPadam
  7. WARIS Datu Paduka Muhammad Salleh: Mencari Waris dari kaum dusun

    http://warispaduka.blogspot.com/2012/09/mencari-waris-dari-kaum-dusun.html?m=1

    Kami sedang menjejaki keluarga dari kaum dusun yang berasal dari Pekan Kinarut atau Tambunan. Iaitu keluarga dari Bonda Sitimah.  Sila hubungi saya di emel adieunion@gmail.com.

    BalasPadam
  8. Kalau keturunan Mat Salleh mesti masuk Islam kh? Jgn terlalu fanatik la dgn agama, agama itu urusan peribadi bkn urusan keturunan atau apa. Sekalipun sy keturunan Mat Salleh n beragama Kristian Katolik, utk apa lg sy masuk Islam? Apa sbb Mat Salleh itu Islam? Manusia makin mengeksklusifkan agama

    BalasPadam
  9. puas saya tanya mak saya keturunan sharif asal mn .. mak kata dulu moyang kahwin smpai 9bini.. 1kapal tu sekali moyang angkut 9bini dia..ntah apa slepas tu soma bini2 dia bpisah.. sbb jepun jhat msa tu .. mgkn mn2 ada daerah keturunan sharif ada kluarga juga .. teringat pulak mak kta 9bini .kli wasiat moyang biar bpisa kturunn jgn hilang d dunia.. pape pn sejarah da lma blalu yg pting kita taw asal usul kita adala dr adam dan hawa ..

    BalasPadam

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP