Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 1 April 2013

SK MAGANDAI, MASIH KETINGGALAN LAGI!!!


 
Cikgu Maikat Umpiliu Secebis kisah di antara Kg Magandai dan Cikgu Mikat. Cikgu Mikat bukanlah nama yang asing kampung ini. Terlalu banyak sumbangan dan pengorbanan beliau pada penduduk kampung dan juga murid-murid di sekolah ini. Beliau adalah guru serbaboleh. Guru yang tahan lasak dan pernah mengikuti latihan askar wataniah ketika belajar di universiti. 
 
         Tidak hairanlah, beliau adalah antara guru yang tidak pernah mengalah pada cuaca buruk, bencana tanah runtuh, hutan tebal, bukit-bukau, kegelapan malam, dingin dan sebagainya. Beliau tetap akan ke sekolah walaupun keadaan jalan raya dalam keadaan teruk.  Terjatuh daripada motor, masuk parit, jatuh dalam sungai, mengarungi lumpur telah menjadi asam garam hidupnya. 
 
          Beliau juga turut mengorbankan wang ringgit untuk kepentingan orang lain. Beliau membelakangkan kepentingan dirinya dengan meminjamkan wang kepada penduduk kampung yang ditimpa masalah seperti kematian, sakit dan sebagainya. Beliau turut menyekolahkan beberapa pelajar Sk. Magandai di sekolah menengah. Kenderaan sendiri menjadi korban untuk keperluan sekolah, beliau bersama guru besar En.Juradi Masadang dan guru Pk. Hem En.Joinin Jabil anak-anak Magandai. 
 
                  Ketika  guru dan pelajar Sk. Magandai  jatuh sakit beliaulah yang akan menghantar mereka ke hospital dengan kenderaannya sendiri tanpa memikirkan kos perjalanan tersebut. Walaupun pada saat ini, beliau disyaki sakit jantung. Namun begitu, beliau tetap gagahkan diri pergi ke Sk. Magandai tanpa mengira masa, waktu sekolah mahupun cuti sekolah. Terlalu banyak pengorbanan beliau yang tidak dapat diungkapkan di sini. Warga pendidik dan warga Sk. Magandai mendoakan agar beliau sihat walafiat. Kerana semangat beliaulah telah membakar semangat setiap warga Sk. Magandai untuk terus maju. Terima kasih Cikgu MIKAT UMPILIU. Jasa mu sentiasa dikenang.

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP