Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 3 Julai 2012

BONUS SEBELUM RAYA

Berikut adalah lembaran pengumuman duit bonus raya penjawat awam atau kakitangan kerajaan tahun lepas. INI CERITA TAHUN 2011 Bagaimana pula dengan tahun ini, adakah pengumuman yang sama akan di ulang sekali lagi sebegai sedikit penghargaan kepada penjawat awam.


Sempena kedatangan bulan mulia ramadhan yang menjelang lagi berapa hari dan hari raya yang akan disambut sepurnama kemudian, para penjawat awam ternanti-nanti status bonus atau duit raya 2012 kali ini sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya ; adakah juga diperoleh kali ini ataupun tidak.

Dengan situasi kini yang  menjangkakan PRU 13 semakin hampir, tidak kurang juga desas desus ramalan Bonus Raya 2012 adalah lebih berbanding tahun sebelumnya. Turut menjadi khabar angin bahawa Bonus Raya 2012 adalah  sebulan gaji.



Sungguhpun demikian, ianya tetap sekadar omongan kosong sahaja selagi Perdana Menteri Malaysia belum mengumumkan perkhabaran bagi status Duit Bonus Raya 2012. Seandainya ada pasti penjawat awam mensyukuri dan menghargainya juga boleh digunakan sebagai persediaan menyambut hari raya aidilfitri bersama orang terdekat

http://digg.com/newsbar/story/bonus_raya_2012_kakitangan_penjawat_awam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP