Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 30 November 2011

SUNTIKAN SILIKON


Nak besarkan bibir macam talam? Boleh!, dengan 100 suntikan silikon anda akan dapat wajah yang anda idamkan


Khamis, 17 November 2011

Siapa Yang Akan Memimpin Kaum Irranun?

                                                 Sekadar Untuk Membuka Minda.

Kerajaan dalam Negeri Sabah saling berganti dari USNO kemudian Berjaya, Berjaya kemudian PBS, PBS kemudian UMNO(BN). Sekian lama, sejak tahun 1963 Kaum Irranun menjadi penyokong tegar kepada kerajaan pemerintah, inilah kerana sifat semulajadi mereka yang taat kepada pemimpin.
                ‘Patah tumbuh hilang berganti’ mungkin tidak bagi kaum Irranun. Selepas bersara nanti Datuk Pandikar Amin, siapa yang boleh kita tunjuk untuk menggantikan beliau?. Walaupun ada yang sempat beliau sumbangkan untuk membela rakyat Irranun akan tetapi beliau gagal melahirkan pemimpin pelapis sepertinya. Saya mula tertanya-tanya siapa dia? Siapa anak didiknya yang akan meneruskan pembelaan kaum Irranun?
                Sebelum ini beliau begitu “gah” dengan parti AKAR, sekarang AKAR telahpun reput. Ini menunjukkan keriarnya akan berakhir. Adalah amat cocok baginya untuk menyungkil bakat pemimpin pelapis ketika itu. Selepas ini juga, akan adakah pemimpin Kaum Irranun yang akan memegang potpolio kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri? Ataupun cukup sampai di sini sahajakah perjuangan pemimpin kaum Irranun?

Rabu, 9 November 2011

ASAL-USUL KAUM IRRANUN (IRANUN, ILLANUN DAN LANO) DI SABAH


ASAL-USUL KAUM IRRANUN (IRANUN, ILLANUN DAN LANO)  DI SABAH
Ramai kawan-kawan bertanya pada saya tentang asal-usul kaum Irranun di Sabah, kebetulan pula saya termasuk dalam misi pengkaji dari Universiti Malaysia Sabah yang berkaitan dengan Kebudayaan Irranun dan kaitannya dengan seni visual. Masa dan tarikh kajian ialah  29.05.2011 hingga 10.06.2011.Dalam hal ini, sedikit sebanyak dapatlah mungkin saya menjawab persoalan mereka, ini kerana secara tidak langsung kami mengkaji juga tentang asal-usul kaum Irranun di Sabah ini.
                Saya amat tertarik untuk menumpahkan sedikit pengatahuan yang kami dapat semasa kajian kami di Pulau Mandano khususnya di Bandar Cotabato, Pulau Bonngo, Bandar Marawi dan Tasik Lano De Sur. Saya suka memulakan penyataan ini dengan menyatakan pengakuan daripada Datu Michael O. Mastura, merupakan keturunan Sultan Kudarat, Maguindanao dan mempunyai pertalian keluarga dengan Shariff Kabunsuan. Shariff Kabunsuan adalah tokoh yang sering dinyatakan  dalam buku-buku sejarah masa ini.
                Penyataan saya ini tidak berdasarkan kepada fakta sejarah, akan tetapi berdasarkan kepada pertemuan dan temubual dengan tokoh besar di Magindanao. Beliau menyatakan bahawa bangsa Irranun (Bangsa Moro) berasal dari kaki bukit Matuaring,  pada masa itu bukit ini adalah gunung berapi sebenarnya. Di sinilah merupakan petempatan awal bagi kaum Irranun. Saya merujuk dalam buku sejarah bahawa tempatnya ialah  Butig, Lanao dan Gunung berapi matuaring (Makaturing) telah meletup dalam tahun 1765.
                Bermula dari saat itu, kaum Irranun terpaksa berpindah ke pelbagai tempat. Tempat perpindahan pertama mereka ialah di Cotabato. Cotabato bermakna gua batu. Di Bandar Cotabato sendiri mempunyai tempat yang seiras dengan nama Bandar iaitu Bagua. Bagu bermakna baru dan Bagua pula adalah batu bergua.
                Tempat perpindahan kedua adalah di sekitar tasik Lano De Sur. Dari segi sebutan bangsa di sekitar tasik ini mereka di kenali sebagai Illano atau lano berdasarkan nama tasik tersebut. Walaupun dari segi sebutan agak berbeza namun ia merujuk kepada bangsa yang sama.
                Menurut Datu Michael O. Mastura, tempat perpindahan yang ketiga adalah di laut. Mereka berasimilasi dengan keadaan laut dan sungai. mereka ini telah mula tinggal  di pesisir pantai, di sungai dan di muara sungai. Pada peringkat permulaan kaum Irranun di bahagian in dipanggil Lotaou. Lotaou adalah orang yang membuat rumah di atas air. Melalui penerangan ini juga menyatakan ramai daripada Irranun Lotaou ini menjadi pelayar dan menjadi pahlawan dan mengawal aliran keluar masuk pedagang-pedagang asing.
                Sebahagian daripada mereka telah menjadi askar bantuan samaada daripada Sultan Sulu mahupun Sultan Brunei. Untuk penyataan ini adalah lebih baik merujuk kepada sumber-sumber sejarah lain. Oleh yang demikian, dengan pertemuan dan wanancara  kami dengan beberapa tokoh di Cotabato dan Bandar Marawi, maka dengan ini, saya amat yakin bahawa asal usul kaum Irranun di Sabah adalah dari Pulau Mindanao. Di bawah adalah sedikit penerangan berkaitan dengan Kaum Irranun yang saya petik daripada rakan-rakan bloger terutama sekali Saudara Naddin. Saya harap maklumat ini dapat memberikan manafaat kepada kita bersama.
IRRANUN DI SABAH
Irranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Berkasih-kasihan ini bermaksud wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong. Iranun juga di kaitkan dengan nama tasik Lano di Minadanao. Sempena nama tasik ini juga mereka mengambil nama ini sebagai nama kaum ini.

                Disebabkan mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud, seperti di kampung Pantai Emas, Liang, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Tawadakan, Payas-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain. Selain itu, masyarakat Iranun juga terdapat di Tungku, Lahad Datu, kg Indarason, Kudat, Kg mangkabong Tuaran dan di Likas, Kota Kinabalu. Jumlah mereka pada 2006 dianggarkan seramai 25,000-30,000 orang. Di luar Malaysia, masyarakat Iranun juga boleh ditemui di Kepulauan Sulu dan Mindanao, Filipina.

                Masyarakat Iranun mempunyai dialek atau bahasa yang tersendiri dikenali sebagai basa Iranun. Bahasa Iranun ini digolongkan dalam kumpulan bahasa Hesperonesia, iaitu salah satu kumpulan keluarga bahasa Austronesia (Encyclopedia of World Culture, 1993: 101). Sesuatu yang menarik tentang bahasa ini ialah wujudnya kelainan di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Contohnya dialek Kaguraan dan dialek Marampayan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Perkara yang serupa dikesan pada dialek Iranun yang dituturkan di Tungku, Lahad Datu di pantai timur Sabah dengan dialek Iranun di pantai barat Sabah (Datu Bandira Datu Alang, 1992: 73-4). Walaupun terdapat perbezaan di antara dialek tersebut, tetapi faktor ini bukanlah penghalang untuk mereka berinteraksi. Dalam hal lain, tahap saling memahami di antara dialek tersebut masih tinggi. Hal ini membolehkan mereka berinteraksi dengan baik. Bahasa Iranun Marampayan dianggap sebagai bahasa Iranun baku dan digunakan oleh kebanyakan penutur bahasa Iranun di Sabah. Kebanyakan penutur bahasa Iranun juga menguasai bahasa sukuan yang lain dan juga bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga golongan Iranun yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan golongan ini cuma sedikit sahaja.

                Di Sabah, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi antara kaum. Bahasa Iranun pula merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat Iranun. Dalam kehidupan seharian masyarakat Iranun pada masa kini secara khususnya, kedua-dua bahasa ini mempunyai hubungan dari segi pengaruh. Perhubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa Iranun di Sabah ini memperlihatkan pengaruh yang kuat daripada bahasa yang dominan kepada bahasa yang bukan dominan, yakni bahasa sukuan. Hal ini bermakna bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia sudah pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bahasa-bahasa sukuan lain yang bukan dominan termasuklah bahasa Iranun. Perkataan lanun dianggap berasal dari nama suku kaum ini.
CATATAN AWAL MENGENAI KEHADIRAN IRANUN DI SABAH
Menurut Tarsila Iranun, kedatangan orang-orang Iranun ke Borneo bermula selepas Sultan Brunei meminta bantuan daripada Sultan Kudarat di Ramitan untuk menghantar pasukan perwiranya untuk membantu memadamkan pemberontakan di Borneo beberapa ratus tahun yang lampau. Maka Sultan Kudarat menghantar sebanyak 12 perahu pahlawan-pahlawan Iranun untuk membantu Sultan. Setiap perahu menagndungi seramai 40 orang, menjadikan kesemuanya 480 orang yang dihantar untuk membantu Sultan Brunei.Selepas pemberontakan itu dapat dipadamkan, Sultan Brunei menawarkan agar mereka membuka petempatan di Borneo.Mereka menerima tawaran itu dan seterusnya menetap di Tempasuk, Tungku dan sebagainya. Ini versi tarsila Iranun.
                Kedatangan Iranun ke Sabah, menurut satu sumber lain ialah ketika mereka menganggotai ekspedisi bersama Sharif Kabungsuwan menaiki perahu Awang yang boleh memuatkan seramai 200 hingga 300 orang ke Tempasuk, Sandakan dan sebagainya untuk menyebarkan agama Islam pada abad ke-16. Catatan awal ialah 1521. Orang-orang Iranun yang bersama para Sharif itu terus menetap di Borneo.
                Teori ketiga ialah penglibatan masyarakat Iranun terhadap aktviti pelayaran dan perdagangan. Mereka memastikan bahawa di wilayah mereka tidak ada kapal asing yang menceroboh.Itulah sebabnya mereka menyerang kapal-kapal sepanyol yang cuba menggunakan jalur perdagangan dan pelayaran mereka. Penempatan mereka kebanyakannya terdapat di Tempasuk, Tungku dan Indarason kerana tempat itu menjadi pilihan mereka untuk berlindung dari tiupan angin ribut
                Meskipun terdapat beberapa teori asal usul kedatangan sukubangsa Iranun di Sabah dari lupa a Iranun seperti yang terkandung dalam cerita-cerita rakyat, darangen dan bayuk, masyarakat Iranun di Sabah menganggap mereka berasal dari tanah borneo sendiri. Banyak buktinya, antaranya kerana jumlah rangkap yang terdapat di sabah lebih panjang daripada yang terdapat di Mindanao. Secara logik, orang dari tanah yang tinggi berhijrah ke tanah yang rendah, ini kata Bapa' Pinjaman Hassin. Sementara itu, dalam sejarah, memang tercatat kedatangan 10 datu dari Borneo meneroka Filipina.
                Banyak buku yang boleh dirujuk. Antaranya Sejarah dan Adat Tradisi Iranun oleh Dr.Datu Bandira Datu Alang (kini allahyarham), Buku tulis James Warren. Tarsila Iranun, Tudtul daripada darangen dan bayuk juga boleh diambil kira, jika ada yang berminat untuk mengkaji suku bangsa Iranun.

Di MANA DIASPORA IRANUN? DI SABAH ATAU DI MINDANAO?
Seorang sarjana dari Filipina, Rolando C.Esteban yang pernah menulis mengenai diaspora Iranun memetik satu sumber yang menyatakan bahawa diaspora Iranun bermula sebelum dan selepas 1765. Ada dua gelombang diaspora Iranun. Ada bukti yang menyatakan bahawa kesultanan Iranun telahpun wujud di Tempasuk sejak beratus-ratus tahun lalu. Menurut catatan William Pretyman, Datu-Datu Iranun mempunyai pengaruh yang cukup luas dan besar ketika beliau pertama kali menjejak kaki di Tempasuk pada 1878. Mungkinkah kesultanan Iranun, wujud seratus atau dua ratus tahun lebih awal daripada itu.Jawapannya ada ditangan pengkaji sejarah.
                Dimana diaspora Iranun. Orang Iranun di Sabah menggelar orang Iranun di Mindanao sebagai `bagu a iranun' yang bermakna Iranun baru. Dengan jelas mereka mengklasifikasi bahawa Iranun dari Mindanao itulah kelompok Iranun yang baru yang berhijrah dari tanah besar ke kepulauan Nusantara ini-khususnya Mindanao.

                Menurut cerita Qadi Nurul Caqim, ketika ditanya oleh Jeneral Robert Bullard, gabenor Lanao pada tahun 1906, beliau menyatakan asal usul bangsa Maranao adalah dari Tempasuk Sabah.
Katanya, nenek moyang orang Maranao-Iranun mengakui bahawa mereka berasal dari Tempasuk.Itulah sebabnya nama Tempasuk banyak disebut dalam dongeng dan cerita lisan mereka.
Bagaimanapun, beliau menyatakan orang Iranun di Sabah datang dari Lanao- kebanyakan pengkaji menyatakan dari Butig, Lanao, selepas gunung berapi Makaturing meletus dalam tahun 1765.
















My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP