Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 25 Januari 2011

Adat Putus Pusat (Adat Nyeteped so sopused) Masyarakat Irranun.

Masyarakat Irannun mempunyai keunikan dalam kehidupan sebagai. Bayi baru lahir mempunyai tali pusat yang dibiarkan untuk sembuh dan putus sendiri. Pada kebiasaan pusat akan putus atau tanggal antara 4 hari hingga 7 hari.



Tali pusat yang putus tadi tidak dibuang sembarangan. Masyarakat Irranun mengambil pusat tersebut lalu di simpan dalam bekas khas iaitu Piusu (bentuk anyanyam ketupat daripada daun kelapa atau daun mangkuang ). Menurut kepercayaan mereka, tali pusat bayi hendaklah digantung di buaian bersama bayi tersebut. Tujuannya supaya bayi tersebut tidak akan mengalami gangguan. Di samping itu, ini bertujuan untuk mengelak bayi tersebut menangis berpanjangan. Kehilangan tali pusat semasa kecil bayi ini merupakan bala.




Tali pusat ini akan sentiasa bersama dengan bayi ini selama lebih kurang enam bulan. Setelah itu pusat tersebut akan dipindahkan dan digantung ke suatu sudut rumah. Kedudukan mengantung Piusu Pused ini setinggi 6 kaki ke atas supaya tidak diganggu. Adat ini pula disusuli akan disusuli oleh adat bercukur.

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP