Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 13 Mei 2010

WORKING OVERTIME CAUSE OF HEART DISEASE

People who regularly put in overtime and work 10 or 11-hour days increase their heart disease risk by nearly two-thirds, research suggests.

The findings come from a study of 6,000 British civil servants, published online in the European Heart Journal.

After accounting for known heart risk factors such as smoking, doctors found those who worked three to four hours of overtime a day ran a 60% higher risk. Experts said the findings highlighted the importance of work-life balance.

Overall, there were 369 cases where people suffered heart disease that caused death, had a heart attack or developed angina.

And the number of hours spent working overtime appeared to be strongly linked in many cases. The researchers said there could be a number of explanations for this.

1. People who spend more time at work have less time to exercise, relax and unwind.

2 They may also be more stressed, anxious, or have depression.

3. A career-minded person will also tend to be a "Type A" personality who is highly
driven, aggressive or irritable, they say.

4. Employees who work overtime may also be likely to work while ill

Selasa, 11 Mei 2010

PENDUDUK KAMPUNG TAMAU

Kampung Tamau, kampung yang terletak di pesisir pantai. Penduduknya adalah terdiri daripada Kaum Irranun. Berbahasa Irranun sebagai pertuturan harian. Kaum Irranun adalah penganut Agama Islam.

Jarak kampung Tamau ini, dengan Pekan Kota Belud adalah sejauh 11 km. Ini memankan masa 20 minit untuk sampai ke kampung ini. Kampung ini boleh di hubungi dengan menggunakan khidmat pengangkutan kerete Pick Up dan Kereta Kancil. Tambang ke kampung ini ialah RM2.00 seorang.

Jumlah penduduk Kampung Tamau ialah lebih kurang 1300 orang (anggaran sahaja). Penduduk di sini mengamalkan pertanian tradisional seperti menanam padi, ubi manis dan keladi. Sebahagian penduduk juga terlibat dengan perkerjaan sebagai nelayan. Kegiatan menangkap ikan hanyalah dijalankan ditepi pantai dengan mengunakan sampan kecil (gubang). Tidak ramai yang terlibat dengan cara penangkapan ikan cara moden. Penduduknya juga terkenal dengan perniagaan terutama sekali kaum wanita. Boleh dikatakan sebahagian daripada wanita di sini pergi ke pekan Kota Belud untuk berniaga. Perniagaan mereka adalah seperti menjual ikan, sayur-sayuran, kuih muih dan lain-lain.

Perkembangan pendidikan telah merubah bentuk bidang perkerjaan penduduk. Golongan muda terutama sekali terlibat dengan lapangan perkerjaan yang lebih mencabar seperti
1. Keguruan
2. Kontraktor
3. Perubatan
4. Pekedai dan peniaga bermodal besar.

Perkembangan pendidikan juga telah membuka minda anak-anak muda untuk keluar lebih jauh. Kebanyakannya mereke berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu, Labuan, dan Tawau. Anak-anak muda lepasan SPM dan STPM juga berlumba-lumba pergi ke bandar, sasaran mereka adalah seperti bandar Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan tak kurang pula ada yang pergi ke Brunei dan Singapura.

Pada ketika ini, penghijrahan golongan muda telah mewujudkan satu situasi, di mana penduduk golongan tua, golongan kanak-kanak dan golongan remaja sahaja yang kelihatan di sekitar kampung. Penghijrahan golongan muda secara besar-besaran mungkin disebabkan tarikan pekerjaan dan hiburan di bandar-bandar.

Khawin campur adalah amat mustahil di kampung ini pada suatu ketika dahulu. Masyarakat Irranun pada masa dahulu hanya membenarkan perkahwinan dalam kaum itu sahaja. Ini memyebabkan kaitan keluarga semakin dekat. Boleh dikatakan mereka mempunyai perkaitan persaudaraan dalam bentuk bulatan. Susah untuk mencari orang asing dalam bulatan tersebut. Namun pada masa kini, kahwin campur telah diterima dengan baik menyebabkan kampung Tamau mempunyai kaum lain seperti Dusun, Bajau, Melayu Semanjung, Cina, India, Ubian, Suluk, Bugis dan lain-lain.

Pada masa ini, Kampung Tamau mempunyai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan hanyalah seperti Sekolah Kebangsaan Tamau, Klinik Ibu dan Anak Tamau, bekalan eletrik, masjid dan jalan bertar.

Walaupun Kampung Tamau ini nampak semakin maju, namun begitu ada keperluan yang perlu dilayan, iaitu bekalan air bersih. Penduduk masih minum air perigi, cuma pada ketika ini bunyi agak glamour sikit sebab guna eletrik water pump. Air yang di tarik dari bawah tanah berwarna merah dan berbau hanyir.

Ahad, 2 Mei 2010

JANGAN KETERLALUAN

Dalam apa juga hal, kita kenalah sederhana. Jangan terlalu berlebihan kerana akan mengakibatkan kesan buruk terutama sekali kesihatan.

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang... Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging... Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu banyak ketawa/gembira - merosakkan usus, mudah dimasuki jin dan

setan.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati... Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa... Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal... Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu... Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan.. . Mudah mengalami keletihan, malas, selalu mengantuk dan obesity.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung...Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran... Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yang positif .

My Blog List

Labels

visitor on line

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP